Pages

Nak Cari Sikit Nie

Wednesday, September 1, 2010

TANDA-TANDA NAK MATi












100 HARI

Seluruh badan rasa bergetar



60 HARI



Pusat rasa bergerak-gerak

40 HARI



Daun Dengan nama orang yang akan mati di Arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.



7 HARI

Mengidam makanan



5 HARI

Anak lidah bergerak-gerak



3 HARI

Bahagian tengah dahi bergerak-gerak



2 HARI

Seluruh dahi rasa bergerak-gerak



1 HARI

Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu Subuh dan Asar



SAAT AKHIR

Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang Solbi ( di bahagian belakang badan)



Bila Malikat menyabut Nyawa



Baginda Rasullullah S.A.W bersabda :



“ Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut..

Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.



“Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.”

“Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”



Sambung Rasullullah S.A.W lagi…

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.”

“Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya dia apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.”



WASSALAM