Pages

Nak Cari Sikit Nie

Wednesday, September 1, 2010

TANDA-TANDA NAK MATi












100 HARI

Seluruh badan rasa bergetar



60 HARI



Pusat rasa bergerak-gerak

40 HARI



Daun Dengan nama orang yang akan mati di Arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.



7 HARI

Mengidam makanan



5 HARI

Anak lidah bergerak-gerak



3 HARI

Bahagian tengah dahi bergerak-gerak



2 HARI

Seluruh dahi rasa bergerak-gerak



1 HARI

Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu Subuh dan Asar



SAAT AKHIR

Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang Solbi ( di bahagian belakang badan)



Bila Malikat menyabut Nyawa



Baginda Rasullullah S.A.W bersabda :



“ Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut..

Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.



“Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.”

“Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”



Sambung Rasullullah S.A.W lagi…

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.”

“Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya dia apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.”



WASSALAM





Sunday, August 22, 2010

MAKSUD KEPIMPINAN DAN PIAGAM MADINAH

PENDAHULUAN


Allah menciptakan manusia di dunia ini mempunyai dua tujuan penting. Pertama untuk beribadat kepadanya dan keduanya untuk menjadi khalifah di bumi. Dua tujuan penting ini diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya menusia tidak mengabaikan tanggungjawabnya. Supaya manusia tidak mengabaikan ibadat sahaja dengan meninggalkan khalifah maka ibadat manusia tidak dapat berjalan teratur dan aman damai, boleh jadi terancam. Lantaran itu salahlah pandangan sebahagian msyarakat yang beranggapan bahawa agama terasing dari kepimpinan. Dan salah juga pandangan sebahagian masyarakat yang beranggapan pentadbiran itu tidak ada hubungan dengan agama. Oleh itu saya akan membuat kajian tentang pandangan masyarakat mengenai kepimpinan pada masa kini apakah definisi kepimpinan dalam islam



DEFINISI KEPIMPINAN

Pada amnya, kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian tujuan organisasi. Manusia digalakkan untuk menanam kegigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Para pemimpin tidak menekan atau mencucuk suatu kumpulan di belakang; sebaliknya mereka meletakkan diri di hadapan kumpulan itu sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan itu untuk mencapai tujuan organisasi. Misalnya, seorang pemimpin sebuah pancaragam (orkestra) yang bertugas untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang diselaraskan dengan irama lagu yang betul, melalui usaha-usaha bersatu ahli-ahli muzik di dalam orkestranya itu.

Terdapat tiga faktor penting tentang definisi kepimpinan. Pertama, kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau pihak lain sama ada pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para pengikut. Ahli-ahli kumpulan rnembantu mentakrifkan status pemimpin, dan mewujudkan proses kepimpinan melainkan kesanggupan mereka untuk menerima pengagihan kuasa yang tidak seimbang di antara para pemimpin dan ahli-ahli kumpulan. Kedua, para pemimpin rnempunyai autoriti untuk memberi arahan berkenaan dengan kegiatan-kegiatan anggota kumpulan, manakala anggota-anggota pula tidak boleh mengomen aktiviti-aktiviti pemimpin mereka. Ketiga, selain daripada berkuasa untuk memberi arahan tentang apa yang perlu dilakukan, pemimpin juga boleh mengarah pekerja-pekerjanya. Misalnya, seorang pengurus mungkin mengarah stafnya untuk melakukan sesuatu tugas, tetapi yang menentukan sama ada tugas itu benar-benar dikendalikan dengan betul ialah tahap pengaruhnya terhadap pihak yang berkenaan.( http://shuhmy.multiply.com/journal/item/101/KEPIMPINAN)

Menurut Ahmad Kamar (1984), dalam bukunya,beliau mendefinisikan kepimpinan sebagai

A leader in the broadest sense is a person who leads, especially from the front, and initiates social behaviour, by virtue of prestige, power or position. In the narrower sense he is one who guides or takes charge due to his personal influence or the assumption of his position may result from other influences or voluntary acceptance on the part of those who become his followers.

Yang mana membawa maksud bahawasanya seorang pemimpin adalah Seorang pemimpin dalam erti yang lebih luas adalah orang yang memimpin, terutama dari hadapan, dan memulakan perilaku sosial, berdasarkan prestasi, kekuasaan atau kedudukan. Dalam sudut yang lebih khusus, dia adalah yang memberi panduan atau yang mengambil alih sesuatu tugas berdasarkan pengaruh peribadinya atau andaian bahawa kedudukannya akan mempengaruhi orang lain atau akan diterima secara sukarela oleh orang-orang yang menjadi pengikutnya.

Dalam kamus dewan pula menyatakan bahawa perkataan kepimpinan adalah berasal daripada kata akar pimpin. Perkataan pemimpin adalah bererti orang yang memimpin, mebimbing, menuntun, mengepalai dan melatih. Manakala pimpinan ialah perihal pemimpin. Dalam kamus Dwibahasa, perkataan leadership bererti kepimpinan, sifat-sifat seorang pemimpin dan kepimpinan.( Malaysian - English and English- Malaysian dictionary)

Dalam kamus sinonim pula, pemimpin membawa makna jaguh, orang terkemuka, pembesar, pengasuh, wali, dan pendidik, manakala memimpin ialah bermaksud mengepalai, mengetuai, mempelopori, mendahulu dan seumpamanya. (Andek Masnah Andek Kelawa 1999:36)

Disini jelaslah pemimpin itu ialah seorang yang dinamakan pemimpin dengan seorang

atau beberapa orang yang dinamakan pengikut.





DEFINISI PIAGAM MADINAH

Dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi atau negara yang berasaskan rakyat harus mempunyai sebuah perlembagaan yang mengatur dan menjadi petunjuk bagi sesebuah negara. Tidak mungkin sesebuah negara dianggap sebagai demokrasi sekiranya tidak mempunyai suatu perlembagaan. Sebaliknya, suatu negara yang tidak mempunyai perlembagaan, akan dikatakan negara yang diktator, anarki dan autokrasi. Persoalannya di sini, bilakah perlembagaan muncul di dunia ini? Para sarjana sering kali melihat kemunculan perlembagaan yang pertama di muka bumi ini pada abad ke-18 iaitu apabila lahirnya Perlembagaan Amerika Syarikat pada 1787 dan Perlembagaan Perancis pada 1795 (Zainal Abidin 1973). Ada pula yang mengatakan Perlembagaan pertama yang muncul ialah pada abad ke-13, iaitu apabila munculnya Magna Charta dari Inggeris pada 1215, sebagai perlembagaan tidak bertulis pertama di dunia.

Menurut satu penyelidikan, piagam politik yang memenuhi syarat-syarat kenegaraan yang pertama kali muncul ialah apada abad ke-7. Bukan di Amerika Syarikat atau Perancis dan bukan pula di Inggeris, tetapi perlembagaan yang pertama itu lahir di sebuah kawasan di Asia, iaitu di Arab, sebgai suatu persetujuan bersama antara masyarakat Madinah yang terdiri daripada berbagai suku, puak dan agama. Menurut Zainal Abidin (1973), Piagam Madinah dianggap sebagai Perlembagaan yang pertama di dunia. Ia mendahului Perlembagaan Amerika Syarikat dan Perancis hampir 12 abad sebelumnya, bahkan ia mendahului Magna Charta Inggeris, hampir 6 abad. Para sarjana barat turut bersetuju dengan pendapat ini. W. Montgomery Watt merujuk kepada kerajaan berkata ” negara Islam yang pertama muncul dalam abad ke-7 dengan suatu Perlembagaan yang pertama yang dipanggil sebagai Piagam Madinah”.

Asas kepada pembentukan negara Islam Madinah adalah sebuah dokumen bertulis yang dipanggil Sahifah Madinah atau Piagam Madinah. Piagam Madinah secara umumnya bermaksud paiagam atau perlembagaan yang ditulis secara rasmi dalam sejarah dunia. Dalam Sirat Rasulullah SAW oleh Ibn Ishaq (150/767) dan Al-Sirah Al-Nabawiyyah oleh Ibn Hisyam (218/834), piagam atau sahifah dari segi istilah Arab merujuk kepada dokumen, kanun, piagam atau perjanjian bertulis mengenai hak dan tanggungjawab pemerintah dan orang yang diperintah. Dalam bahasa inggeris, piagam ini disebut sebagai The Charter Of Madinah atau The Official Document Granting Right or Defining The Form of an Institution.( Kamus Dwibahasa Oxford Fajar). Piagam ini dianggap dokumen bertulis kerana menetapkan batas undang-undang, prinsip-prinsip asas pentadbiran dan garis kerja menjaga keamanan al-Madinah sebagai sebuah negara berdaulat.dari segi sejarah, asas kepada penggubalan piagam ini adalah dibuat dalam dua pihak iaitu pihak pertama adalah Rasulullah SAW sendiri manakala pihak kedua adalah antara orang islam dengan orang Yahudi di satu pihak dan orang Islam sesama Islam,yakni antara Mihajirin dan Ansar di pihak yang lain. Ketiga-tiga golongan ini dipanggil ahl al- Sahifah menunjukkan mereka sendiri mempersetujui paiagam yang digubal pada tahun 622 Masihi bersamaan 1 Hijrah walaupun tarikh sebenar terbentuknya paiagam ini masih belum jelas kerana ahli sejarah seperti Ibnu Hisyam dan Ibn Ishaq tidak menyebut secara terperinci namun ada yang pasti piagam ini wujud di awal tempoh pemerintahan kepimpinan nabi. Sebelum wujudnya piagam ini,terdapat beberapa peristiwa yang boleh dijadikan faktor dalam membentuk negara Islam Madinah. Permulaan dalam peristiwa penting ini adalah Perjanjian Aqabah yang pertama dan kedua. Perjanjian ini wujud keranabeberapa rombongan penduduk Madinah telah menemui Nabi Muhammad SAW dan menyatakan keimanan mereka kepada nabi.

























SENARAI RUJUKAN

1. Ahmad Kamar b. Abdul Rahman.Malayan And Indonesian Leadership In Perspective,1984,Petaling Jaya

2. Malaysian - English and English- Malaysian dictionary, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam (1996)

3. Andek Masnah Andek Kelawa .Kepimpinan Wanita Dalam Islam. 1999. Penerbit UKM: Bangi

4. W. Montgomery Watt. Muhammad At Medina.1956. Oxford University Press,Ely House:London

5. Joyce M. Hawkins. Kamus Dwibahasa Oxford Fajar.Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam (2008)

6. Ibn Hisyam. Al-Sirah al-Nabawiyyah. Beirut,Libanon: Dar al-Fikr

7. http://shuhmy.multiply.com/journal/item/101/KEPIMPINAN.html [23 Ogos 2010].

RUJUKAN GAYA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SENARAI RUJUKAN






 CARA MENULIS RUJUKAN YANG LENGKAP UNTUK BUKU



Contoh:



Nama pengarang diikuti noktah

Semua nama pengarang hendaklah disenaraikan

Tahun penerbitan diikuti noktah

Tahun Hijrah hendaklah ditulis bersama-sama tahun Masehi seperti 1412H/1992

Judul buku (condong) diikuti noktah

Penyunting, penyusun, penterjemah (jika ada) diikuti noktah

Nama siri buku dan jilid atau bilangan dalam siri

(jika ada) diikuti noktah

Edisi selain daripada edisi pertama ditaip sebagai Ed. ke-… dan diikuti noktah

Bilangan jilid diikuti noktah

Tempat terbit (bandar) diikuti titik bertindih

Jika terdapat lebih daripada satu tempat terbit gunakan tempat yang pertama.

Contoh:

New York, London, Paris hendaklah ditaip New York.

Penerbit diikuti noktah



Baris ke-2 bagi setiap rujukan dan seterusnya hendaklah ditulis satu langkau dengan ensotan 12.5 mm.



Contoh:



a. Pengarang tunggal (termasuk nama samaran)



Arena Wati. 1991. Memoir Arena Wati: enda gulingku. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.



Brown, R. 1988. Topology: a geometric account of general topology, homotopy types and the fundamental groupoid. Chichester: Ellis Horwood Limited.



Ibn Hazm, Abu Muhammad cAli ibn Ahmad ibn Sacid. 1403H/1983. Jamharat ansab al carab. Beirut: Dar al Kutub al cIlmiyyah.



Miller, R.K. 1989. The informed argument. San Diego: Harcourt Brace Javonich Publishers.



Nik Anuar Nik Mahmud. 2000. Konfrontasi Malaysia Indonesia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.





b. Pengarang bersama



Abdul Samad Hadi, Shaharudin Idrus, Ahmad Fariz Mohamed & Abdul Hadi Harman Shah. 2006. Perubahan persekitaran dan kemudahterancaman Lembangan Langat. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.



Ahmad Kamal Ariffin & Shahrir Abdullah. 2000. Pengiraan berangka kejuruteraan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.



Corcoran, K. & Fischer, J. 1987. Measures for clinical practice: a source book. New York: The Free Press.



Smith, M., Beck, J., Cooper, C.L., Cow, C., Ottaway, D. & Talbot, R. 1982. Introducing organizational behaviour. London: MacMillan.



Edisi Baru Dan Cetak Ulang [Ed. = Edisi]



Buckley, C.B. 1965. An anecdotal history of old times in Singapore. Cetak ulang. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.



Cohen, J. 1977. Statistical power analysis for the behavioral

sciences. Ed. semak. New York: Academic Press.



Shaharir Mohamad Zain. 1990. Beberapa masalah permulaan dalam sains hayat dan perubatan. Ed. ke 2. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.



Karya Yang Dikenali Menurut Judul



Al Quran.



Cumulative bibliography of Asian studies, 1941 1945: subject

bibliography. 1972. 4 jil. Boston: G.K. Hall.



The encyclopaedia of Islam. 1960. Ed. ke 2. Leiden: E.J. Brill.



Kamus Dewan. 1991. Ed. baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Oxford regional economic atlas: the Middle East and North Africa. 1960. London: Oxford University Press.



Rujukan Kepada Hadith Ditulis Menurut Pengumpul Hadith



al Tabrani, Sulayman ibn Ahmad. 1311H/1894. Al Mucjam al saghir. Delhi: Al Matbacah al Ansari.



Karya Susunan [pnys. = penyusun]



Farid M. Onn (pnys.). 1982. Dinamisme dalam pengajaran, penyelidikan dan pentadbiran universiti. Kumpulan Kertas Kerja 2. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.



Hamzah Hamdani (pnys.). 1980. Esei sastera Baharuddin Zainal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Muhamad Hasan Tok Kerani Mohd Arshad. 1968. Al tarikh salasilah negeri Kedah. Susunan semula Mohd Zahid Shah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Karya Suntingan [pnyt. = penyunting]



Jamaluddin Md. Jahi (pnyt.). 2000. Pengurusan persekitaran di Malaysia: isu dan cabaran. Bangi, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.



Jamaluddin Md. Jahi, Kamaruzzaman Sopian, Mohd Jailani Mohd Nor & Abdul Hadi Harman Shah (pnyt.). 2001. Environmental management 2000. Bangi: Centre for Graduate Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.



Laily B. Din, Muhammad Yahya, A. Norhayati, M.S. Nizam, Waidi Sinun & A. Latiff (pnyt.). 2005. Danum Valley conservation area: physical, biological & social environments. Kota Kinabalu & Bangi: Yayasan Sabah & Universiti Kebangsaan Malaysia.



Selenggaraan [pngr. = penyelenggara]



Othman Ismail (pngr.). 1990. Peristilahan dan penulisan sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Sharifah Barlian Aidid (pngr.). 1990. Siri bacaan pelajar Utusan: epidemik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.



Sulaiman Masri & Zainal Abidin Bakar (pngr.). 1989. Kertas kerja seminar penggunaan istilah sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Berbilang Jilid [Jil. = Jilid yang dirujuk]



Abu Osman Md. Tap. 1987. Matematik pertama. Jil. 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Abu Osman Md. Tap. 1988. Matematik pertama. Jil. 2 & 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Terjemahan [Terj. = Terjemahan]



Battle, J.A. & Shannon, R.L. 1978. Gagasan baru ilmu pendidikan. Terj. Jakarta: Penerbit Mutiara.



Fraleigh, J.B. 1988. Kursus pertama aljabar niskala. Terj. Abu Osman Md. Tap & Abdul Razak Salleh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Nama Samaran



Arena Wati. 1991. Memoir Arena Wati: enda gulingku. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.



Keris Mas. 1979. Tiga puluh tahun sekitar sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Monograf



Harriet Wong, Hazita Azman & Lee Siew Chin. 1990. English language proficiency. Monograf 3, Pusat Bahasa, UKM. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.



Smail, J.R.W. 1964. Bandung in the early revolution 1945 1946: a study in the social history of the revolution. Modern Indonesian Project Monograph Series. Ithaca: Cornell University Press.



Bab Dalam Buku [Dlm. = Dalam]



Abdul Latiff Mohamad. 2000. Kesan pembangunan sosio-ekonomi ke atas kepelbagaian biologi khususnya spesies tumbuhan endemik di Malaysia. Dlm. Jamaluddin Md. Jahi (pnyt.). Pengurusan persekitaran di Malaysia: isu dan cabaran, hlm. 72-103. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.



Fleishman, I.A. 1973. Twenty years of consideration and structure. Dlm. Fleishman, I.A. & Hunt. J.G. (pnyt.). Current development in the study of leadership: selected readings, hlm. 1 37. Carbondale: Southern Illinois University Press.



Shamsuddin Suhor. 2004. Celik alam sekitar: pengurusan di peringkat isi rumah. Dlm. Jamaluddin Md. Jahi, Mohd Jailani Mohd Nor, Kadir Arifin & Azahan Awang (pnyt.). Alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat Malaysia, hlm. 196-211. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zainal Abidin Abdul Wahid. 1964. Malaysia, South East Asia and world politics. Dlm. Wang Gungwu (pnyt.). Malaysia: a survey, hlm. 356 374. New York: Frederick A. Praeger.



Karya Tanpa Tarikh (t.th.)/Tanpa Tempat (t.tp.) /Tanpa Penerbit (t.pt.)



al Fakhiri, Muhammad ibn cUmar. t.th. Al akhbar al-najdiyah. Suntingan cAbd Allah ibn Yusuf al Shibl. al Riyad: Matabic Jamicat al Imam Muhammad ibn Sucud al Islamiyyah.



Ibn Qayyim al Jawziyyah, Abu Abd Allah Muhammad ibn Bakr al Zarci al Dimisyqiyy. t.th. Aclam al Muwaqi cin rabb al calamin. 4 jil. Suntingan Muhammad Muhyi al Din cAbd al Hamid. Mesir: t.pt.



al Shafici, Muhammad ibn Idris. t.th. Al Umm. 7 jil. t.tp.: t.pt.



al Tabari, Abu Jacfar Muhammad ibn Jarir. t.th. Ikhtilaf al fuqaha'. Beirut: Dar al Kutub al cIlmiyyah.





 DOKUMEN AWAM



Berikan maklumat yang lengkap.



Negara (atau negeri)/institusi terlibat diikuti noktah

Tahun penerbitan diikuti noktah

Bahan yang dirujuk (masukkan butiran lanjut) diikuti noktah



Contoh :



a. Dokumen awam yang diterbitkan



i. Parlimen dan Dewan Undangan Negeri



Akta Parlimen



Malaysia. 1990. Bernama Act 1967 (Revised 1990). (Act 449).



Malaysia. 1974. Environmental Quality Act. (Act 127).





Enakmen Dewan Undangan Negeri



Dewan Undangan Negeri Pahang. 1987. Enakmen pentadbiran ugama Islam dan adat Melayu Pahang No. 8/82 (Pindaan 1987).

Perbahasan di Parlimen (Penyata atau Hansard)



Dewan Rakyat Malaysia. 1984. Perbahasan rang undang undang mesin cetak dan penerbitan. Penyata rasmi Dewan Rakyat. 2(12): 1792 1850 Parlimen Keenam Penggal Kedua.



Laporan dan Dokumen (Kertas Perintah)



Dewan Rakyat Malaysia. 1986. Peristiwa Memali. Kertas Perintah 21, tahun 1986.



Dewan Rakyat Malaysia. 1988. Ke arah memelihara keselamatan negara. Kertas Perintah 14, tahun 1988.



ii. Penerbitan kerajaan (Persekutuan, Negeri)



Warta Kerajaan Persekutuan



Federated Malay States. 1926. Government Gazette 18(12): Notification No. 3178.



Federated Malay States. 1939. Sedition Enactment 1939 (Enactment No. 13 of 1939). Government Gazette 31(23).



Malaysia. 1981. Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (Pindaan) 1981. Warta Kerajaan 25 (8 Tambahan 1).



Malaysia. 1990. Akta Kehakiman 1964 (Akta 91). Warta Kerajaan 34(26): Nombor Makluman 10926.



Warta Kerajaan Negeri



Johor. 1990. Akta Eksais 1976: Peraturan peraturan Eksais (Lembaga Pelesenan) 1977. Warta Kerajaan Negeri Johor 34(1).



Laporan Kerajaan Persekutuan



Kementerian Pendidikan Malaysia. 1990. Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan III: Pendidikan Islam.



Malaysia. 2006. Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 2010.



Ministry of Finance Malaysia. 2001. Economic report 2001/2002: 63-77.



iii. Laporan jawatankuasa



Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia. 1987. Pedoman umum ejaan bahasa Malaysia. Ed. ke 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia. 1991. Pedoman umum pembentukan istilah bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



b. Dokumen awam yang tidak diterbitkan



Dokumen Kerajaan seperti surat menyurat yang mempunyai nombor koleksi sebagai pengenalan pasti, hendaklah digunakan nombor koleksi ini. Dokumen Kerajaan sejak zaman British banyak terdapat di Public Records Office dan India Office Library and Records (IOR atau pun IOL & R). Sekarang ini India Office Library menggabungkan juga Oriental Collection. Selain itu Singapura mempunyai koleksi atau bilangan siri tersendiri bagi Straits Settlements Records, iaitu siri A dan AA. Siri ini terdapat dalam mikrofilem yang didahulukan dengan NL, iaitu National Library. Koleksi di Arkib Singapura juga menggunakan NL. Selain itu untuk kemudahan, rujukan tambahan tempat bahan yang dirujuk itu dimasukkan dalam tanda kurung [ ]. Jika bahan demikian diperolehi di Arkib Negara Malaysia, bolehlah dimasukkan maklumat itu dan maklumat lain.



Board's Collection. IOR F/4/1069 (29204) 1828,1829. 1827. Surat Norman McIntyre kepada Secretary to the Government, Prince of Wales Island, Singapore and Malacca, 9 Ogos 1827.



CO 273/657/50601. 1939. Surat Governor Straits Settlements Sir T.S.W. Thomas kepada Secretary of State for the Colonies Malcolm MacDonald, 24 Januari 1939



Straits Settlements Records. IOR G/34/13. 1806. Surat A.B. Bone kepada H.R. Pearson, Secretary to the Government, Prince of Wales Island, 29 Januari 1806.



Straits Settlements Records. NL13 A32. 1826. Surat S.G. Bonham, Acting Resident of Singapore, kepada John Anderson, Secretary to the Government, Prince of Wales Island, Singapore and Malacca, 23 Disember 1826.







c. Dokumen pertubuhan antarabangsa



i. Bangsa Bangsa Bersatu



United Nations. 1974. The Charter of Economic Rights and Duties of States. General Assembly Resolution 321, 29. UN G.O.A.R Supplement. (No. 31), 50, UN Document A/9361. New York: United Nations.



United Nations. 1986. Report of the Committee on Information. General Assembly Official Records. Forty first Supplement No. 21 (A/41/21). New York: United Nations.



ii. UNESCO



UNESCO. 1960. Director General of UNESCO report. Paris: UNESCO.



iii. IAEA



IAEA. 1995. Coordinated research programme on assessment of environmental exposure to mercury in selected human populations. Vienna: International Atomic Energy Agency.



iv. WHO



WHO. 1991. Guidelines for the assessment of herbal medicines. Geneva: World Health Organization.





 MAKALAH DALAM JURNAL



Berikan maklumat yang lengkap.



Nama pengarang diikuti noktah

Tahun diikuti noktah

Tajuk makalah diikuti noktah

Judul jurnal hendaklah ditaip condong. (huruf pertama bagi setiap perkataan dalam judul, kecuali kata sendi, hendaklah menggunakan huruf besar)

Maklumat keluaran (sama ada jilid, nombor keluaran, bulan atau musim)

Nombor keluaran (dalam tanda kurung) diikuti titik bertindih

Halaman seluruh makalah diikuti noktah



Angka Jilid hendaklah ditaip dengan angka Arab. Ini bermakna nombor jilid dalam angka Roman hendaklah digantikan dengan angka Arab.





Pengarang Tunggal



Contoh:



Andanastuti Muchtar. 2000. Gabungan pelekukan dan pelenturan dalam penjanaan nilai keliatan patah seramik alumina. Journal Institute of Materials Malaysia 1(2): 51-66.



Samad, S.A. 2004. Digital domain design of cascaded wave digital filters with tunable parameters. Iranian Journal of Electrical and Computer Engineering 3(2): 1-5.



Pengarang Bersama



Contoh:



Andanastuti Muchtar, Lim, L.C. & Lee., K.H. 2002. Finite element analysis of Vickers indentation cracking processes in brittle solids using elements exhibiting cohesive post failure behaviour. Journal of Materials Science 38(2): 235-243.



Hamzah, N., Mohamed, A. & Hussain, A. 2004. A new approach to locate the voltage sag source using real current component. Journal of Electric Power System Research 72: 113-123.



Kadir Arifin, Jamaluddin Md. Jahi, Ismail Bahari, Abd Rahim Md. Nor & Abu Bakar Che Man. 2005. Sistem pengurusan bersepadu: satu pengenalan. Malaysian Journal of Environmental Management 6: 3-22.



Law Chung Lim, Siti Masrinda Tasirin & Wan Ramli Wan Daud. 2003. A new drying model based on drying periods. Drying Technology 21(9): 1703-1722.



Marcos, A.M.L., Marcelo, R. & Lia, H. 2000. Quality certification and performance of Brazilian firm. An empirical study. International Journal of Production Economics 66: 143-147.

.

Judul Jurnal Yang Diringkaskan



Contoh:



Brown, R. & Higgins, P.J. 1978. On the connection between the second relative homotopy groups of some related spaces. Proc. London Math. Soc. 36 (3): 193 212.









 MAKALAH DALAM PROSIDING/PASCASIDANG



Contoh:



Kadir Arifin, Jamaluddin Md. Jahi, Abu Bakar Che Man, Ismail Bahari & Abd Rahim Md Nor. 2003. Perlaksanaan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OHSAS 18001:1999) di Malaysia: isu dan cabaran. Prosiding Pengurusan Persekitaran 2003, hlm. 107-115.



Rahmat, R.A., Jumari, K., Hassan, A. & Basri, H. 2002. Intelligent traffic control with image processing sensor. Proceedings of the 2nd World Engineering Congress, hlm. 339 - 344.





 MAKALAH DALAM MAJALAH/BULETIN



Ismail Hamid. 1990. Sastera kitab. Dewan Sastera Mei: 79 83.



Laupa Junus. 2006. RazakSAT dilancar ke angkasa lepas tahun ini. Estidotmy Februari: 10-11.



Nik Mohd Nasri Ismail. 1991. Punca ketidaksuburan lelaki. Sihat Julai: 24 25.





 MAKALAH, BERITA DALAM AKHBAR/SURAT KEPADA PENGARANG



Makalah Dengan Nama Pengarang/Penulis



Gunasegaran, P. 2006. Overworked students: give the kids chance to relax. New Straits Times, 21 February: 20.



Hashnan Abdullah. 2006. Mangsa tragedy asrama runtuh selamat pulang. Utusan Malaysia, 2 Februari: 3.



Mohamed Idris, S.M. 2006. Commercial vehicle drivers: procedures need review. New Straits Times, 16 February: 18.



Makalah Tanpa Pengarang/Penulis



Anon. 1992b. Peningkatan kes belia tidak membayar balik pinjaman. Utusan Malaysia, 30 Oktober: 10.



Anon. 2006. Kelantan ambil langkah segera bendung JE. Utusan Malaysia, 2 Februari: 5.



Anon. 2006. Siapa angkasawan pertama Malaysia? Estidotmy, 22 Februari:10-11



 BERITA DALAM AKHBAR



Berita/Rencana Dengan Nama Penulis



Ooi Tee Ching & Ganesan, V. 2004. Tourism set to rake in RM30b in receipts. New Straits Times, 28 May: B1.



Suffian A. Bakar. 2005. Pemegang saham syer rombak Lembaga Pengarah. Berita Harian, 5 Ogos: 17.



Berita/Rencana Tanpa Nama Penulis



Anon. 1992. Syarikat Itali akan sediakan radar kawalan laluan udara. Utusan Malaysia, 30 Oktober: 3.



Anon. 2000. Telefon bimbit bukan sekadar penghubung. Berita Harian, 5 Julai: 24.



Surat Kepada Editor



Fidani. 1992. Jangan salahkan imam, bilal saja. Surat. Berita Harian, 30 Oktober: 13.



Izhab, Z. 1992. Effective reading is the way to ensure success of science students. Surat kepada Editor. New Straits Times, 25 Januari: 9



Mohd Fauzi Zahat. 2006. Denda tinggi mampu buat pemandu serik. Surat. Berita Harian. 3 Februari : 12.





 RUJUKAN UMUM AKHBAR



Berita Harian. 2005. 28 November.



New Straits Times. 2005. 31 Disember.



The Star. 2003. 2 Jun.



Utusan Malaysia. 2004. 10 & 17 September.





 FILEM, VIDEO DAN SLAID



Nama pengarah filem hendaklah ditaip sekiranya pengarah sesebuah filem itu diketahui.







Filem



Ali Baba Bujang Lapok. 1960. Filem cereka. Singapura: Shaw Brothers.



Buli Balik. 2006. Filem cereka. Kuala Lumpur: Grand Brilliance Sdn. Bhd., Vision Works Sdn. Bhd. & Tall Order Productions Sdn. Bhd.



Caves: the dark wilderness. t.th. Filem. Chicago: Encyclopaedia Britannica Educational Corporation.



My name is Nadra (Natrah) not Bertha. 1992. Drama dokumentari. Singapura: Singapore Broadcasting Corporation.



Video



Geophysical techniques. t.th. Video. Milton Keynes: Open University.



Language and verbal skills. 1976. Video. Virginia: Association for Retarded Citizen.



Syed Arabi Idid. 1989. Bergelut ke Parlimen: Ampang Jaya dalam pilihanraya. Video dokumentari. Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia.



Slaid



Deacon, J.E. 1975. The Galapagos Island: birds. Slaid. New York: Harper & Row.



Energy generation and storage. t.th. Slaid. Singapore: Toppan Company.



Investigations in life science: man and nature. t.th. Slaid. Colorado: Crystal Productions.





Lagu Dan Karya Berbentuk Muzik



Mozart, W.A. 1770. “Coronation” mass in C, “Exultate Jubilate: K. 317. Slovak Philharmonic Chorus and Orchestra, Janos Ferencsik (konduktor), Laserlight Series 14 098. Santa Monica: Delta Music Incorporated, 1993.











 BAHAN TIDAK TERBIT



Berikan maklumat yang lengkap.



Nama pengarang diikuti noktah

Tahun diikuti noktah

Judul diikuti noktah

Nombor folio, nombor kotak tempat bahan disimpan atau mana mana tanda pengenalan yang lain diikuti koma

Nama koleksi diikuti noktah

Nama tempat (institusi, bandar, negeri) bahan tersebut dihasilkan/disimpan diikuti koma

Tarikh diikuti noktah



Tesis Atau Latihan Ilmiah



Alfitra Salam. 1999. Kerjasama dan potensi konflik dalam hubungan Indonesia-Malaysia 1966-1991. Tesis Dr. Falsafah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.



Howie, J. 1977. Topics in the theory of groupoids. Tesis Ph.D. University of London.



Kadir Arifin. 2004. Integrasi sistem pengurusan kualiti (ISO 9001:2000), sistem pengurusan persekitaran (ISO 14001:1996) dan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OHSAS 18001:1999): Ke arah pelaksanaan dan pembentukannya di Malaysia. Tesis Dr. Falsafah, Program Pengurusan Persekitaran, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.



Mann, A.E. 1968. The palaeodemography of Australopithecus. Disertasi Ph.D. University of California, Berkeley.



Manuskrip Asal



Hamzah Fansuri. t.th. Sharab al c Ashiqin. MSS. Cod. Or. 7291(11), Perpustakaan University Leiden.



Kertas Kerja, Abstrak Persidangan Dan Sebagainya



Kadaruddin Aiyub & Kadir Arifin. 2001. Globalisasi, perniagaan dan alam sekitar: cabaran untuk industri kecil dan sederhana di Malaysia. Kertas kerja Persidangan Kebangsaan Pertama Keusahawanan dan Perniagaan Kecil. Anjuran Sekolah Pengurusan, Institut Pembangunan Keusahawanan, Universiti Utara Malaysia. Langkawi, 8-9 September.



Kadir Arifin, Jamaluddin Md. Jahi, Ismail Bahari & Abd Rahim Md. Nor. 2004. Sistem pengurusan bersepadu: ke arah kesedaran alam sekitar organisasi di Malaysia. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar 2004. Anjuran Program Geografi, Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjong Malim, Perak, 3-4 Julai.



Laporan Teknik



Che Husna Azhari & Wan Mohtar Wan Yusoff. 1990. Penghidrogenan selanjar minyak olein sawi mangkin emas dan platinum. Laporan akhir projek penyelidikan UKM 69/85.



Mohd. Kidin Shaharan. 1991. Kegunaan submartingale dalam masalah storan. Laporan Teknik 5. Pusat Pengajian Kuantitatif, Universiti Kebangsaan Malaysia.



Mesyuarat: Kertas Kerja, Laporan Dan Minit Mesyuarat



Bahagian Pendidikan Guru. 1989. Pendekatan baru tugas dan tanggungjawab pensyarah maktab maktab perguruan Malaysia. Kertas kerja Mesyuarat Pengetua Pengetua Maktab Perguruan Malaysia Kali Kedua. Lumut, Perak D.R., 7 9 Ogos.



Laporan Unit Pengurusan dan Pentadbiran (URT). 1988. Mesyuarat Pengetua Pengetua Maktab Perguruan Malaysia Kali Kedua. Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur, 15 16 September.



Minit Mesyuarat Pengetua Pengetua Maktab Perguruan Malaysia Kali Kedua. 1989. Lumut, Perak D.R., 7 9 Ogos.



Temu Bual



Individu yang ditemu bual hendaklah tokoh yang berwibawa dalam bidang berkenaan.



Contoh:



Abdullah Hj. Mohd. Salleh. 1999. Sejarah penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur. Temu bual, 12 Mei.





 BAHAN RUJUKAN ELEKTRONIK



Bahan rujukan elektronik seperti CD-ROM, laman sesawang, pangkalan data sesawang, jurnal-elektronik dan mel-elektronik hendaklah mempunyai maklumat berikut:



Nama pengarang diikuti noktah

Tahun diikuti noktah

Tajuk makalah diikuti noktah

Nama jurnal/buku (condong)

Nombor jilid (tebal)

Nombor keluaran (dalam tanda kurung)

Halaman seluruh makalah diikuti noktah

Jenis media (dalam tanda kurung)

Tapak /jejak /fail/alamat sesawang (tanpa garis bawah)

Tarikh capaian [dalam tanda kurung] diikuti noktah

Pengubahsuaian boleh dilakukan mengikut keperluan tanpa menjejaskan kesahihan sumber bahan yang dirujuk.



Contoh:



Clark, J.K. 1999. Humidity sensor. Journal of Physics 2(2): 9-13 http://www.cit.edu/phys/sensor.html [20 Julai 1999].



Crane, N. 1997. Electronic sources: MLA style of citation. http://www.uvm.edu/~ncrane/estyle/mla.html [31 Julai 2000].



Kawasaki, J.L. 1996. Computer administered surveys in extension. Journal of Extension 33(3): 204-210. http://www.apa.org/journals/webref.html [18 November 1999].



Medical Information Group. 1998. Arsenic contamination of drinking water. http://www.angelfire.com/ak/medinet/arsenic.html [4 Julai 2000].



Pritzer, T.J. t.th. An early fragment from central Nepal. http://www.ingres.com/~astanart/pritzker/pritzker.html [5 Jun 2000].



Howell, V. & Carlton, B. 1993. Growing up tough: New generation fights for its life: Inner city youths live by rule of vengeance. Birmingham News (CD-ROM) 1A. 1994 SIRS/SIRS 1993 Youth/Jil. 4/Makalah 56A [20 Julai 2000].



Clark, J.K. 1993. Complication in academia: sexual harassment and the law. Siecus Report 21(6): 6-10. (CD-ROM). 1994 SIRS/SIRS 1993 School/Jil. 4/ Makalah 93A [13 Jun 1995].

















 RUJUKAN UNDANG-UNDANG



Rujukan Kes



a. Nama-nama kes yang disebut di dalam teks hendaklah dicondongkan, termasuklah huruf ‘v’ yang tidak diikuti dengan tanda titik. Perkataan ‘dan’ digantikan dengan ‘ampersand’ (&).



Contoh:



Mohamad Ezam Bin Noor v Ketua Polis Negara & Other Appeals



Manakala di dalam catatan bawah pembutirannya hendaklah ditaip tahun kes tersebut dilaporkan, jilid Laporan dan halaman surat atau nombor perenggannya.



Contoh:



[2002] 4MLJ 449



b. Sekiranya pihak yang terlibat didalam kes ialah firma atau syarikat, hendaklah ditulis nama penuh firma atau syarikat itu.



Contoh:



British Imperial Oil Co. Ltd. v Federal Commissioner of Taxation.



c. ‘Ex parte’ hendaklah diringkaskan kepada ‘Ex p’.



Contoh:



R v Mental Health Act Commission; Ex p X (1988) 9

BLMR 77



d. Meringkaskan nama-nama kes



Sekiranya kes tersebut mempunyai nama yang panjang dan kes itu kerapkali dirujuk di dalam teks, maka hendaklah ringkaskan nama didalam teks dan juga catatan bawah.



Contoh:



Rujukan pertama:



Woolwich Equitable Building Society v Comrs of Inland Revenue [1993] AC 7



Rujukan selanjutnya didalam teks:



‘…..sebagaimana yang dinyatakan oleh Lord Goff di dalam Woolwich…’ atau boleh juga ditulis sebagai ‘di dalam kes Woolwich….’



Rujukan selanjutnya didalam catatan bawah:



Woolwich (n 55) 176



e. Kes-kes perkapalan



Nama kapal boleh digunakan bagi menggantikan nama

penuh kes tersebut. Bagaimanapun nama penuhnya hendaklah ditulis dalam rujukan pertama tanpa menambahkan huruf ‘SS’ (steamship) atau ‘MV’ (motor vessel).



Contoh:



Rujukan pertama:



New Zealand Shipping Co Ltd. V Satterwaite (AM) & Co Ltd (The Eurymedon)



Rujukan selanjutnya:



The Eurymedon



Nama popular kes



Nama popular bagi kes yang dirujuk bolehlah digunakan dan hendaklah ditaip di dalam tanda kurung selepas rujukan penuh awal.



Contoh:



Mirage Studios v Counter-feat Clothing Co Ltd [1991} FSR 145 (Ninja Turtle case)



Penyebutan kes di dalam catatan bawah



Sekiranya lebih daripada satu kes dirujuk, kes-kes tersebut hendaklah ditaip mengikut susunan kronologi di mana kes yang terbaharu ditaip kemudian sekali kecuali terdapat sebab-sebab tertentu yang perlu, susunan kronologi bolehlah diabaikan. Kes-kes berkenaan hendaklah dipisahkan dengan penggunaan semi colon (;)



Contoh:



Lee Gee Lam v Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia & Anor [1993] 3 MLJ 265; Saul Hamid bin Pakir Mohamad v Inspector Abdul Fatah bin Abdul Rahman & Anor [1999] 6 MLJ 800; Abdul Ghani Haroon v Ketua Polis Negara and Another Application [2001] 2 MLJ 689.



Kes yang tidak dilaporkan



Rujukan kepada kes yang tidak dilaporkan hendaklah menggunakan ‘rujukan neutral’ (jika ada). Sekiranya tidak terdapat ‘rujukan neutral’ tersebut, format yang perlu digunakan ialah:



1. Nama kes

2. Mahkamah yang mendengar kes tersebut

3. Tarikh keputusan dibuat

4. Halaman atau perenggan kes berkenaan boleh

didapati



Contoh:



Thannhauser v Westpac Banking Corporation (Federal Court Australia, 9 December 1991) [90]*



*kandungan berbentuk sedemikian hendaklah digunakan bagi menyatakan nombor perenggan di mana kes tersebut boleh diperolehi.



Keputusan yang disiarkan secara elektronik



Rujukan kes yang diperoleh daripada sumber elektronik hanyalah boleh digunakan sekiranya keputusan kes tersebut belum dilaporkan di dalam bentuk bercetak dan tidak mempunyai ‘rujukan neutral’



Contoh:



Cox v Robinson [2000] QCA 454 (Supreme Court of Queensland Court of Appeal, 7 November 2000). http://austlii.edu.au/au/cases/qld/QCA/2000/454.html [7 Januari 2000]



Laporan-laporan lain



Kes yang dilaporkan oleh akhbar hanyalah boleh dirujuk sekiranya ia tidak dilaporkan di dalam laporan lain. Nama akhbar tersebut hendaklah ditaip condong.



Contoh:



Kent v Griffiths. The Times. 10 Februari 2000.



Perundangan



Perundangan primer



Terdapat dua cara rujukan:



a) Penggunaan judul ringkas (tidak dicondongkan)



Contoh:



Defamation Act 1957 (Malaysia)



atau



b) Penggunaan judul ringkas, tahun dan nombor akta



Contoh:



Defamation Act 1957 (Malaysia) (Akta 286)



Perundangan kecil



Perundangan kecil hendaklah dirujuk dengan menggunakan judul, tarikh dan nombor siri



Contoh:



Community Charge Support Grant (Abolition) Order 1987 SI 1987/466



Perlembagaan



Contoh:



Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1957



Perbahasan Parlimen



Format rujukannya adalah seperti berikut:



1. Nama negara

2. Judul

3. Tarikh penuh perbahasan

4. Lajur

5. Nama penuh pembahas



Contoh:



Malaysia, Perbahasan Dewan Rakyat, Bacaan Kedua,

9 Mac 1993, 26 (Karpal Singh)







Saturday, August 21, 2010

dakwah tanggungjawab siapa?

Dakwah,Tanggungjawab Siapa?


Apa yang saya nyatakan tadi telah jelas menunjukkan bahawa orang yang bertanggungjawab melaksanakan seruan dakwah ini ialah setiap orang islam tidak mengira samaada lelaki ataupun wanita kerana yang paling asasnya ialah mereka adalah orang islam.Ini juga dapat menerangkan bahawa seruan untuk mengajak kepada beriman kepada Allah adalah tidak terhad kepada orang melayu sahaja,bahkan orang cina,india,dan juga etnik-etnik yang lain yang kebanyakannya terdapat di negeri Sabah dan juga sarawak adalah bertanggungjawab untuk menyebarkan dakwah kepada jalan Allah ini.Tetapi,dengan syarat mereka adalah yang beriman dengan Allah dengan memenuhi keenam-enam rukun iman iaitu beriman kepada Allah,beriman kepada malaikat,beriman kepada kitab-kitab Allah,beriman kepada rasul-rasul Allah,beriman kepada hari kiamat dan juga beriman kepada qada’ dan qadar iaitu berserah diri pada ketentuannya.Dengan memenuhi keenam-enam rukun iman ini,maka seseorang itu telah tertaklif dengan tanggungjawab untuk menyebarkan dakwah di jalan Allah.Setiap anggota umat yang berakal dan baligh juga bertanggungjawab untuk menyebarkan dakwah di jalan Aalah tidak mengira lelaki atau wanita.Selain itu,tugas dakwah ini juga tidak boleh hanya dipertanggungjawabkan keatas bahu para ulamak sahaja ataupun dibebani kepad.a mereka-mereka yang digelar sebagai “orang agama” sahaja kerana kewajipan ini adalah menjadi tanggungjawab kepada semua umat.Para ulamak mungkin dikhususkan untuk menyampaikan hukum atau ajaran agama yang lebih mendalam mengenai agama islam kerana mereka memiliki ilmu yang lebih luas dan mendalam dalam masalah agama islam.Dengan ini maka wujudlah sikap saling bekerjasama dalam menyeru kepada agama Allah diantara masyarakat dan para ulamak.Firman Allah berikut dapat menjadi penguat bukti yang menunjukkan bahawa tugas dakwah ini tidak hanya terletak di bawah tanggungjawab lelaki tetapi kedua-duanya iaitu lelaki dan wanita.

قل هذة سبيلى ادعوا ال اللة على بصيرة انا ومن اتبعنى و سبحن اللة وما انا من المشركين

Katakanlah (wahai muhammad) inilah jalanku,aku dan orang-orang yang menurutku,menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan basirah (ilmu dan yakin).Dan aku menegaskan :maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik ) dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain (surah Yusuf :108)



Dalam makna ayat tersebut perkataan menurutku itulah yang menjadi bukti pentaklifan bahawasanya berdakwah kepada Allah adalah wajib kepada setiap individu,lelaki atau perempuan.Ini kerana maksud ayat itu adalah secara umum iaitu tidak kisah samaada seseorang itu lelaki atau perempuan tetapi yang penting adalah mereka yang menurutiku iaitu mereka yang beriman kepada Allah dan menurut segala perintahnNya.

Jadi,para pengikut Rasulullah s.a.w ialah orang-orang yang beriman dengan baginda,mengajak manusia kepada Allah dengan Basirah iaitu ilmu dan yakin.Sama sepertimana Rasulullah s.a.w yang mengajak manusia kepada Allah dengan keterangan,ilmu,dan yakin

Keterangan bermaksud Rasulullah memberi keterangan terhadap firman-firman Allah kepada para pengikutnya khususnya pada kepada para sahabat.ini kerana mukjizat al-quran yang merupakan kalam Allah tidak mampu untuk ditafsirkan oleh para sahabat.Contohnya ialah:

ياايها الذين امنوا اتقوا الله ولتنظر نفس ما قدمت لغد واتقوا الله ان الله خير بما تعملون

Hai orang-orang yang beriman,bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (kiamat) dan bertakwalah kepada Allah,sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Maksud ayat ini telah diterangkan oleh nabi Muhammmad kepada semua muslim dan muslimat iaitu kita hendaklah beriman kepada Allah dan menghargai hidup ini kerana dunia merupakan tempat untuk mencari bekalan untuk kegunaan di akhirat.Cara untuk menghargai kenikmatan hidup di dunia adalah dengan menjalankan kerja-kerja dakwah kerana setiap apa yang dilakukan untuk agama Allah pasti mendapat ganjaran di sisi Allah.

Manakala yang dimaksudkan dengan ilmu pula ialah, untuk berdakwah setiap orang islam hendaklah membekalkan diri mereka dengan ilmu-ilmu yang terdapat di dunia ini khususnya ilmu-ilmu agama.Ini kerana untuk dijadikan hujah untuk membuktikan bahawasanya agama islam ini adalah agama yang syumul.Contohnya jika seorang yang non-muslim bertanyakan soalan tentang hukum-hakam agama islam,seharusnya umat islam bersedia menjawabnya dengan yakin.Ini adalah bertujuan untuk menjaga nama baik agama Islam itu sendiri.

Keyakinan pula bermaksud setiap individu yang berdakwah hendaklah yakin sepenuhnya dengan agama islam tanpa memepersoalkan kelojikannya.Ini penting untuk mengelakkan dakyah-dakyah sekular meresap dalam diri individu tersebut seterusnya menggoyahkan keimanan.Seandainya seorang pendakwah itu goyah imannya, mana mungkin dakwahnya akan mendapat sambutan individu lain khususnya non-muslim.

Ini bermaksud ketiga-tiga aspek tersebut hendaklah wujud dalam diri setiap individu tersebut untuk memantapkan usaha-usaha dakwah yang dilakukan sepertimana yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.Dengan membelakangkan tugas ini iaitu,meremeh-remehkan tugas dakwah ini,seseorang itu tidak akan dikira sebagai beriman kepada Allah dan seterusnya merujuk kepada kelemahan dan kecacatan keimanan seseorang kepada Allah.Seorang muslim perlu difahamkan bahawasanya tugas ini iaitu mengajak manusia supaya menyembah Allah adalah wajib.ini bermakna akan mendapat dosa jika melanggarnya.Menurut Imam Ibnu Kathir ketika mentafsirkan ayat ini “Allah berfirman kepada rasul-Nya supaya memberitahu manusia bahawa jalan ini iaitu cara atau sunnah baginda ini,mengajak manusia supaya menyatakan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan tidak menyekutukan Allah,dilakukan berlandaskan ilmu,yakin dan bukti,malah semua pengikut Baginda yang mengajak manusia sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w juga melakukannya berlandaskan ilmu,yakin dan bukti akal dan bukti syarak .Hujah-hujah yang berbentuk keilmuan,keyakinan dan ditambah pula dengan bukti adalah amat penting bagi menjalankan aktiviti dakwah untuk menyakinkan penerima dakwah itu terhadap kekuasaan Allah.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Ibnu Abbas bahawa Nabi s.a.w bersabda:

فليبلغ الشاهد منكم الغائب

Hendaklah yang hadir sampaikan ilmu ini kepada yang tidak hadir

Termasud dalam ertikata hadir ialah semua orang islam yang mempunyai apa sahaja ilmu berkenaan Islam.Ini adalah juga sebagai bentuk atau cara agar manusia saling berhubung antara satu sama lain dan seterusnya dapat mengembangkan agama islam kerana umatnya saling berkongsi ilmu yang masing-masing ada kerana bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit.





5.13 sebagaimana yang saya nyatakan tadi,dakwah ini wajib dilaksanakan oleh orang islam lelaki ataupun perempuan.Mungkin dari segi pelaksanaannya adalah berbeza iaitu boleh dilakukan secara individu ataupun secara berorganisasi asalkan asasnya adalah untuk mengajak manusia agar beriman kepada Allah.Dalam perkataan lain berdakwah dapat dilaksanakan dalam dua bentuk .Pertamanya ialah secara individu iaitu seorang muslim itu melaksanakannya atas dasar dia adalah seorang individu muslim.Metod Kedua ialah seorang muslimin yang melaksanakannya atas dasar dia adalah sebahagian daripada organisasi yang mengajak manusia supaya menyembah Allah.Contohnya adalah menyertai persatuan-persatuan yang mana asasnya atau misinya adalah untuk mengajak umat manusia agar menyembah dan beriman kepada Allah..Ini adalah dinyatakan dalam firman Allah:

ولتكن منكم امة يدعون الي الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر واولئك هم المفلحون

Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,serta melarangdaripada segala yang salah (buruk dan keji).Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang Berjaya.(Aali-Imran:104)

Ini bermaksud, hendaknya ada segolongan manusia yang bangkit untuk menjalankan perintah Allah iaitu berjuang di jalan da’wah kepada kebaikan dan menyuruh mengerjakan perbuatan yang ma’ruf dan mencegah daripada yang mungkar. Berkata Abu Ja’far (dalam member pendapat terhadap ayat) waltakum minkum: ayat itu berarti “wahai orang-orang beriman”, “Ummah” berarti “jama’ah” Berkata Duhhak: “mereka adalah khusus untuk para shahabat dan para periwayat, yaitu mujahidin dan para Ulama.Namun dalam konteks zaman sekarang,kerja-kerja dakwah adalah tanggungjawab semua individu





Sementara kata منكم di dalam tafsir al-Qurthubi dalam “Al-Jami’ al-Ahkam al-Qur’an” perintah untuk melakukan pekerjaan ini diperuntukan kepada orang-orang yang berilmu, kerana manusia tidak semuanya berilmu.ini adalah ditakuti terjadinya ajaran sesat yang mampu meruntuhkan akidah dan pegangan muslim terhadap Allah.



Menurut Imam Ibnu Kathir ketika mentafsir ayat ini,”maksud ayat ini ialah perlunya wujud suatukumpulan dalam umat ini yang melaksanakan tugas ini walaupun pada dasarnya tugas ini adalah kewajipan setiap individu dalam umat ini.Ini dijelaskan oleh hadis yang disebut di dalam Sahih Muslim dan diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:



من رائ منكم منكرا فليغيرة بيدة فان لم يستطيع فبلسانة فان لم يستطيع فبقلبة وذلك أضعفى الايمان

Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya.Jika dia tidak mampu hendaklah dengan lidahnya.Jika dia tidak mampu hendaklah dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman.”

Hadis ini jelas menerangkan bahawasanya setiap individu dan bukannya organisasi yang bertanggungjawab untuk membawa kebenaran dan mencegah kemungkaran.Namun jika dikaji suruhan itu dan dibandingkan dengan zaman serba canggih sekarang,maka amat perlulah sebuah organisasi yang khusus untuk merealisasikan hadis nabi itu tadi.Ini kerana dengan berorganisasi seseorang itu akan menjadi lebih mantap dan kukuh akidahnya untuk berdakwah

Oleh itu,sememangnya penggabungan para pendakwah dalam satu kumpulan atau organisasi bagi melaksanakan tugas dakwah merupakan suatu tindakan yang amat perlu apabila berhadapan dengan cabaran yang besar sebagaimana contoh jika sebatanf lidi,amatlah mudah untuk dipatahkan,namun jika segengam lidi,amatlah mustahil untuk mematahkannya dengan mudah.Apatah lagi jika dakwah ini cuba disampaikan kepada sebuah masyarakat jahiliah yang menyembah berhala,dimana syaitan hidup dan beranak pinak di dalam masyarakat jenis ini,lalu ia menghalang mereka daripada menyembah Allah dan menyesatkan mereka ke lembah yang syirik.fenomena penyembahan berhala ini wujud di dalam masyarakat benua Afrika atau sebagainya yang masih menyembah berhala.Benua ini memerlukan penggembelingan tenaga dakwah yang ramai dan tersusun bagi menyampaikan dakwah dan bagi mengajar mereka ajaran islam.Organisasi yang tersusun amat diperlukan agar tidak terjadinya ruang kosong dalam pengisian rohani kepada masyarakat ini.Maksudnya hendaklah sentiasa ada cermah-ceramah pengisian dan bukannya hari ini ada tetapi esok tiada dan seterusnya.Matlamat besar ini tidak akan mampu dilakukan melalui usaha berindividu atau usaha yang tidak tersusun oleh pelbagai individu.ini kerana penyebaran islam berkumpulan ini telah dinyatakan oleh hadis di mana Nabi pernah memerintahkan agar orang-orang yang menganut agama Islam agar berhijrah ke Madinah supaya tenaga mereka dapat disatukan untuk membentuk sebuah organisasi dakwah yang mantap dan seterusnya dapat diarahkan oleh Nabi ke arah yang betul.Malah perkara ini telah dinyatakan oleh firman allah:



وتعاونوا علئ البر والتقوئ ولا تعاونوا علا الاثم والعدون

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa,dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. (al-maidah : 2)

Perkataan bertolong-tolongan itu yang menjadi dalil bahawasanya perlunya sebuah organisasi dalam melaksanakan kerja-kerja dakwah.

Ayat ini turut menjadi dalil bahawa penggabungan para pendakwah dan melaksanakan dakwah secara berorganisasi merupakan suatu yang disyariatkan oleh Islam.Malah usaha ini menjadi wajib jika ia menjadi satu-satunya jalan untuk menegakkan kebenaran.Perkara ini telahpun disentuh oleh Imam Abu Hanifah sebagaimana yang dinyatkan oleh al-Jassah,bahawa bersatu bagi melaksanakan amar makruf nahi munkar dan menyatukan tenaga secara berorganisasi adalah suatu yang amat perlu bagi mencapai matlamat ini.

malaikat turun ke Makkah

bagi aku video ni kita xleh nak caye sangat sebab banyak video jenis gini org blh buat
tpi yang pentingnya take the good left the bad.
pikir-pikir jugak iman mesti kena terus kuat....hehe


salam perjuangan

ikut la url ni nak tengok gak:

http://www.youtube.com/watch?v=ORLJDaJrc1g

PERKEMBANGAN SEKULARISME DAN KESANNYA

PERKEMBANGAN SEKULARISME DAN KESANNYA




Perkembangan Dan Penyebabnya

Pada umumnya sekularisme telah muncul di Eropah. Lebih khusus dan tepat, sebenarnya sekularisme telah bermula di Itali pada abad pertengahan. Abad ini adalah merupakan detik yang banyak membawa perubahan terhadap perkembangan Eropah di dalam segala aspek, termasuklah perubahan sikap tehadap agama dan keagamaan masyarakat Eropah itu sendiri. Kelahiran sekularisme di saat-saat perubahan ke atas pembaharuan semula ini sememangnya telahpun diramalkan oleh beberapa orang ahli fikir dan ahli falsafah Eropah pada masa itu. Prancis Auguste Comte,salah seorang failasuf- sosiologi abad pertengahan telah meramalkan bahawa akan terjadinya suatu pertambahan ilmu dan keruntuhan agama. Manakala seorang penyair German, Fredrich Nietzsche telah meramalkan melalui tokohnya Zarahustra bahawa setidak-tidaknya untuk dunia Barat “ Tuhan telah mati “. Pendek kata para failasuf, penyair-penyair dan pengarang-pengarang barat telah menyakini akan datangnya suatu peristiwa pembebasan dari tuhan dan tanpa ikatan agama sama sekali.

Oleh kerana kedatangan suasana ini telah diyakini oleh para cendikiawan barat pada masa itu, mereka mula merasakan bahawa umat Kristian tidak akan dapat melarikan diri dari krisis agama yang akan timbul kesan daripada sekularisme. Sebagai langkah awal untuk mengelakkan dari berlakunya masalah yang mencabar masyarakat mereka ini,maka terdapat di kalangan mereka telah cuba untuk mencarai jalan bagi menyesuaikan agama Kristian dengan sekularisasi yang akan melanda mereka. Akhirnya mereka telah mendakwa bahawa sekularisme sememangnya telahpun ada dalam kepercayaan kitab Injil dan merupakan salah satu daripada ajaran kitab Injil itu sendiri. Failasuf Denmark, Soren Kiergard telah berkata. “ Kita selalu menjadi orang Kristian” sebagai tindakan penyesuaian dengan suasana yang akan melanda mereka beliau amat menyokong proses konseptualisasi kembali ajaran Kristian dan pendefinisian kenbali konsep mereka tentang Tuhan. Golongan ini telah berusaha mendapatkan dasar di dalam tafsiran-tafsiran Injil untuk menyokong dakwaan mereka. Akhirnya mereka telah menganuti satu versi Kristian yang telah disekularkan

Jika diteliti secara mendalam, sebenarnya detik inilah yang merupakan titik pertama lahirnya sekularisme. Perbuatan para cendikiawan Eropah ini jelas menunjukkan sikap mereka sendiri yang secular. Sebelum arus sekularisasi yang sebenar menimpa mereka , mereka awal-awal lagi telah menjadi masyarakat secular. Mereka telah sanggup mengetepikan soal-soal maruah agama mereka semata-mata untuk menyesuaikan agama mereka dengan keadaan yang akan berlaku sehingga mereka telah menyeleweng dari ajaran Injil yang mereka sendiri mengagungkannya dan mengikuti ajarannya di masa sebelumnya.

Antara penyebab yang menguatkan wujudnya pengaruh sekularisme adalah:

Pergolakan Dan perubahan Di Gereja

Pergolakan yang terjadi di gereja adalah merupakan salah satu factor yang amat penting yang telah membawa sekularisme di Dunia Barat. Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa sekularisme adalah suatu fahaman yang menjauhi nilai- nilai agama dari segala aspek kehidupan, maka dengan mengkaji pergolakan yang tejadi di gereja-gereja Kristian di dunia barat, dapatlah dibongkar sebab-sebab yang membawa kepada timbulnya sekularisme. Sepanjang abad-abad sebelum menjelangnya abad keenam belas gereja merupakan satu institusi agama yang amat dihormati di kalangan masyarakat Kristian. Segala peraturan yang dikeluarkan oleh pihak Gereja tetap akan dihormati di kalangan masyarakat Kristian. Perundangan gereja berada di bawah pengaruh dan kekuasaan Paus dan Majlis Agung. Manakala golongan gereja pula dianggap sebagai golongan yang paling mulia di dalam masyarakat.

Keadaan ini telah berubah sama sekali apabila menjelangnya abad keenam belas. Sikap golongan gereja telah berubah dan penyelewengan-penyelewengan telah berleluasa dengan ketara sekali sehingga telah menjatuhkan maruah golongan gereja di kalangan masyarakat umum Kristian.Dalam suasana keruntuhan imej gereja ini, raja, putera-putera, paus, abbot, dan pendeta-pendeta Kristian telah mula mengetepikan soal-soal agama Kristian semata-mata untuk mendapatkan kekayaan.Perkembangan kemajuan binaan telah menarik minat ahli-ahli gereja kepada kehidupan secular. Mereka lebih cenderung menggalakkan perkembangan pengetahuan-pengetahuan baharu serta membina tugu-tugu uang tersergam indah dari meninggikan agama Kristian.

Tegasnya kemerosotan institusi gereja pada permulaan abad keenam belas ini adalah suatu factor yang penting menyebabkan kelahiran sekularisme di dunia Barat



Perkembangan Teknologi dan Pembangunan Masyarakat

Pada abad keenam belas perkembangan teknologi, khususnya teknologi binaan dan proses pembangunan masyarakat telah berkembang pesat. Perkembanagan ini telah memberi pengaruh yang besar terhadap kelahiran sekularisme di kalangan masyarakat Kristian di dunia Barat pada masa itu.Masyarakat barat di waktu itu telah mula berlumba-lumba mengejar harta kekayaan dan serentak dengan itu mereka telah melupakan nilai-nilai agama Kristiian sedikit demi sedikit. Keadaan ini bukan sahaja mempengaruhi masyarakat awam, malah golongan gereja juga turut dipengaruhi dengan teruk sekali sehingga mereka yuerus melupakan tanggungjawab mereka tehadap agama Kristian.

Selain daripada senibina , seni drama juga telah berkembang dalam masa yang sama. Masyarakat Kristian termasuk para penditanya terus leka menimati nilai estetik yang baru muncul itu tanpa mengambil kira pandangan agama terhadap bentuk-bentuk kesenian yang mereka nikmati itu. Akhirnya mereka telah melupakan tangguangjawab mereka terhadap agama. Lorenzo De Medici merupakan seorang pendita Kristian yang sangat ketara menggemari kesenian drama dan seni bina.Beliau telah membelanjakan sejumlah besar wang untuk membina semula Gereja St. Peter di Rom agar lebih menarik. Tindakan ini menimbulkan banyak tanda Tanya di kalangan masyarakatnya. Beliau terus membina pejabat-pejabat gereja yang baru kemudiannya menjualkannya dengan sewenang-wenangnya . Beliau juga mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang melalui surat kurnia dan cukai-cukai biasa. Maruah agama terus digadai demi mendapatkan kekayaan dan kemuliaan. Ramai Bishop dan Aabot mengabaikan tugas malah sebahagian dari pendita-pendita Kristian masyur sebagai ahli politik dan pencari wang yang suka menindas dan suka berbelanja dengan boros.

Robert Eargang, pengarang buku “Europe From the Renaissance To Waterloo’ juga ada menyebutkan di dalam buku karangannya itu bahwa faktor-faktor yang disebutkan tadi adalah diantara faktor-faktor yang telah memberi peluang kebangkitan sekularisme di dunia Barat.





Perkembangan Ekonomi Di Zaman Pembaharuan

Perkembangan ekonomi yang pesat berikutan proses pembaharuan yang berlaku pada abad pertengahan sedikit sebanyak memainkan peranannya yang tersendiri dalam membangkitkan sekularisme di dunia barat

Robert Eagang mengatakan di dalam bukunya “Europe From The Renaissance to Waterloo” bahawa sikap perekonomian masyarakat eropah yang materialistik yang diwarisi turun temurun dan sebati dengan kehidupan mereka adalah satu faktor yang penting yang menyebabkan lahirnya sekularisme di barat. Sikap ini terus mendapat rangsangan dari kebangkitan ekonomi yang pesat menyebabkan masyarakat dunia barat mengenepikan nilai-nilai agama mereka. Kedudukan Itali yang strategik di Medeterenian sangat menggalakakn perkembangan perdagangan antarabangsa

Seluruh masyarakat Kristian dari berbagai lapisan termasuklah golongan agama Kristian terus hanyut di dalam arus perkembangan sosio-ekonomi yang pesat tanpa kawalan agama.

Kelahiran Ilmu Pengaetahuan Baru

Ilmu pengetahuan berkembang dengan pesatnya di dunia barat ketika berlaku pembaharuan “Renaissance”. Berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan telah dikembangkan sepanjang tempoh itu. Kombinasi pengajaran terhadap ilmu-ilmu pengetahuan baharu, resapan-resapan pengajian klasik dan penghargaan terhadap faham berhala purba telah menimbulkan rasa tidak puas di kalangan masyarakat terhadap perkembangan yang mereka alami selama ini. Keadaan ini mendorong mereka mengejar keseronokan dan kemewahan baru walaupun sangat berbeza dan bertentangan dengan ajaran Kristian dan konsep pengagungan terhadap Isa. Akhirnya ternyatalah akibat daripada kecintaan terhadap pembaharuan-pembaharuan yang berlaku dan rasa tidak puas hati terhadap pencapaian gereja,telah membawa masyarakat Eropah dan seluruh masyarakat barat kearah fahaman secular



Perkembangan Bidang Astronomi

Perkembangan ilmu sains di zaman pembaharuan yang berlaku di abad pertengahan merupakan satu faktor tersendiri yang membawa kepada lahirnya sekularisme di dunia barat. Be Eugene Meelang ada menyentuh tentang punca kebangkitan sekularisme di dunia barat di dalam bukunya “ The Secularization of Modern Culture” bahawa sekularisme sains muncul di barat adalah disebabkan oleh perkembangan sains dan pemikiran yang dialami oleh masyarakat itu sendri

Perkembangan ilmu kaji bintang merupakan satu bidang kajian ilmu sains yang menimbulkan banyak krisisi di kalangan masyarakat Barat . perkembangan ilmu ini telah melahirkan ramai tokoh yang berkebolehan dalam masyarakat dan telah mengeluarkan berbagai-bagai teori baru. Teori-teori baru ini telah menimbulkan kontrovesi di kalangan gereja. Golongan gereja telah berpecah kepada dua golongan dan menghadapi masalah ini.Sebahagian dari mereka menerima perkembangan ini dengan tenang dan sebahagian lain pula tidak dapat menerimanya kerana teori-teori yang dikemukakan oleh para ahli astronomi adalah bertentangan dengan agama Kristian. Golongan yang berminat dengan ilmu ini terus menumpukan perhatian kepada bidang yang diceburinya dengan sepenuhnya. Golongan paderi yang berminat dengan ilmu ini telah meninggalkan gereja. Conpenicus adalah seorang paderi bangsa Pole yang telah menumpukan sepenuh perhatian kepada ilmu astronomi dan meninggalkan terus gereja dan tugasnya yang berhubung dengan agama . Teori Corpenicus dan teori Ptolemi mengenai peredaran bumi telah menimbulkan kemarahan ahli gereja yang lain. Majlis agama Kristian telah memutuskan bahawa matahari adalah pusat alam ialah mustahil dan bida’ah, kerana bertentangan dengan ajaran kitab Injil. Manakala para saintis pula sanggup mengenepikan sama sekali ajaran agama mereka kerana kajian yang dijalankan lebih menyakini mereka.

Pengaruh Ilmu Falsafah Moden

Di samping perkembangan ilmu sains, pengaruh ilmu falsafah moden juga merupakan salah satu faktor penting yang mempengaruhi kelahiran sekularisme di kalangan masyarakat barat. Perkembangan falsafah ini telah memberi kesan kepada seluruh masyarakat Kristian di dunia Barat, termasuklah golongan pendeta-pendeta agama. Penglibatan para paderi dan pendita Kristian dalam bidang falsafah telah menimbulkan rasa tawar hati di kalangan mereka terhadap urusan agama di gereja atau di biara falsafah telah menimbulkan rasa tawar hati di kalangan mereka terhadap urusan agama di gereja atau di biara mereka sendiri.Pembaharuan dan perkembangan falsafah ternyata lebih menarik perhataian mereka. Gordano Burno, seorang pentafsir berbangsa Itali telah melarikan diri dari penghidupan biara. Pada asalnya beliau adalah seorang rahib Dominika. Setelah melarikan diri dari penghidupan biara yang rakyatnya berfahaman radikal entelek. Kemudian beliau menghina ajaran agamanya sendiri. Pada pendapat beliau, agama adalah bersifat manusia, manakala mukjizat pula dianggap sebagai muslihat sihir semata-mata.

Pendekatan kedatangan pengaruh pengaruh ilmu falsafah ini telah merenggangkan lagi hubungan masyarakat dunia barat dari nilai-nilai agama yang mereka anuti.

Pengaruh Kapitalisme

Di saat-saat perkembangan , pembaharuan dan pembangunan yang pesat di dunia barat, suatu fahaman yang dikenali sebagai fahaman kapitalis telah muncul di dalam masyarakat.

Perasaan mementingkan diri mendapat keuntungan dan kebendaan meluap-luap di jiwa masyarakat dunia barat di waktu itu. Dengan tidak segan silu lagi masyarakat ini sanggup menyelewengkan penggunaan wang dan harta kekayaan gereja. Gejala ini amat ketara di kalangan pendita Kristian sendiri. Mereka mendakwa bahawa harta kekayaan gereja hendaklah digunakan untuk mendapatkan kekayaan.Masyarakat ini tidak lagi mempunyai perasaan dan kesedaran untuk memperbaiki keadaan maruah agama mereka sendiri.Bahkan segala tanggungjawab mengenai agama telah dilupakan oleh sebahagian dari golongan gereja sendiri.

Sebagimana yang diketahui sekularisme ialah ideologi bahawa urusan keduniaan seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan dari urusan keagamaan. Sekularisme juga boleh bermaksud fahaman yang menggalakkan idea atau nilai sekular dalam ruang awam atau peribadi. Mereka yang berpegang kepada fahaman ini adalah dipanggil golongan sekularis.

Secara ringkasnya sekularisme adalah memperjuangkan hak untuk bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari ajaran agama yang dipaksakan oleh pemerintah ke atas rakyat, Sekularisme juga dapat difahami sebagai sebuah negara yang bersifat neutral dalam hal-hal keagamaan, dan juga tidak memberi keistimewaan terhadap mana-mana agama. Dengan kata lain, sekularisme merujuk kepada kepercayaan bahawa kegiatan dan keputusan yang dibuat oleh manusia, terutamanya yang berkaitan politik, harus berdasarkan bukti dan fakta bukannya pengaruh agama.

Tujuan dan alasan menyokong sekularisme adalah pelbagai. Kini Di Eropah, sekularisme disokong kerana ia adala suatu pergerakan ke arah modernisasi. Sekularisme jenis ini, pada tahap sosial dan falsafah, masih mengekalkan agama rasmi negara atau sokongan rasmi yang lain. Di Amerika Syarikat, sesetengah orang berpendapat sekularisme melindungi agama daripada diganggu kerajaan, dan pada masa yang sama di peringkat sosial sekularisme tidak meluas. Di kebanyakan negara pula, pergerakan politik yang berlainan menyokong sekularisme kerana pelbagai alasan.

Sehubungan ini, fahaman terhadap sekularisme ini telah sebati dengan diri masyarakat Eropah; ia telah membawa pengaruh yang amat mendalam dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Dalam rangkuman aspek-aspek tersebut; aspek kehidupan manusia dan aspek pegangan agama menjadi perkara yang asas dalam mamahami pengaruh sekularisme kini.

Dalam aspek kehidupan banyak perkara yang dapat dijadikan contoh berkenaan pengaruh sekularisme ini, contohnya ialah manusia tidak lagi memandang tinggi aspek keagamaan dalam kehidupan seharian malah ia dipandang mudah. Perlakuan ini adalah tidak menjurus kepada dunia masyarakat di dunia barat sahaja, bahkan penduduk yang berada di negara yang mendukung undang-undang Islam pun sudah terpengaruh dengan ideologi sekularisme.

Bagi pandangan mereka hak-hak keagamaan adalah menjadi suatu penghalang bagi mereka untuk menjalankan aktiviti harian mereka. Contohnya dapat dilihat dalam dunia barat dimana hanya segelintir sahaja penganut-penganut kristian yang mengunjungi gereja-gereja untuk beribadat yang mana ia adalah menjadi suatu identiti dalam kehidupan beragama. Contoh dalam masyarakat Islam pula: pengaruh sekularisme secara umum kini dapat dilihat apabila ada kesan yang menunjukkan bahawa ada segelintir umat islam yang melanggar perintah-perintah Allah yang mana menjadi satu kewajipan untuk meninggalkannya atau pun menghindarinya; seperti gejala tidak berpuasa di bulan Ramadhan yang mana berpuasa itu merupakan suatu kewajipan yang dituntut dalam agama Islam.

Ini menunjukkan bahawasanya individu mukallaf yang meningalkan seruan itu adalah berfikiran sekular kerana meremeh-temehkan hal-hal keagamaan. Ini membuktikan bahawasanya bagi mereka berpuasa adalah menjadi suatu beban dan tidak perlu dilaksanakan. Ini menepati dengan salah satu daripada ciri-ciri sekularisme iaitu memisahkn hal-hal keagamaan dengan hal-hal dunia. Sedangkan dalam agama Islam semua perkara yang berkaitan dengan keagamaan adalah berhubung kait dengan aktiviti kehidupan manusia dan tidak boleh dipisahkan.













KESAN SEKULARISME



Sebagaimana yang diketahui sekularisme telah membawa kesan yang amat mendalam dalam aspek-aspek penting kehidupan manusia. Antara aspek-aspek yang penting itu merangkumi aspek politik, perundangan, pendidikan, sosal, pemikiran dan juga aspek ekonomi.

Kesan Keatas Pemikiran Manusia

Dalam aspek pemikiran manusia khususnya di dalam Negara yang mengamalkan ajaran agama islam; ideologi sekularisme sedikit sebanyak telah meracuni pemikiran manusia. Contohnya ialah sekularisme dapat melemahkan keimanan, menggoyangkan akidah umat islam, menimbulkan keraguan terhadap nabi dan rasul yang dipilih oleh Allah, mengurangkan keyakinan terhadap kekuasaan Allah, malaikat, hari kiamat atau hari pembalasan, qadha dan qadar serta Al-Quran itu sendiri.

Seterusnya ini telah mengakibatkan umat islam semakin terkeliru dengan pendapat-pendapat aliran sekular ini. Hal ini dapat diperhatikan dalam masyarakat Islam yang tinggal di negara-negara Barat khususnya. Mereka yang lemah keimanannya akan mula mempertikaikan kebenaran hal-hal keagaman yang mana mereka lebih mendasari kepada logik akal daripada melandasi sumber utama dalam agama Islam ialtu al-Quran dan al-Sunnah dalam menyelesaikan masalah mereka.

Kesan Sosial

Dalam aspek sosial pula, sekularisme telah banyak mengakibatkan berlakunya kepincangan dalam kehidupan masyarakat islam hari ini. Kesan yang paling nyata dari pemikiran sekularisme ialah perubahan dalam perwatakan individu. Perubahan perwatakan ini bermaksud, seseorang itu tidak lagi mementingkan kehidupan beragama tetapi lebih kepada menurut hawa nafsu; yang mana ia seterusnya mengakibatkan berlakunya kekosongan jiwa. Impak daripda kekosongan jiwa itu pula telah mengakibatkan moral dan akhlak para remaja khusus dalam masyarakat Islam hari ini kian runtuh. Ini mengakibatkan banyak perkara negative dan berbagai ragam krisis akhlak dan moral terus menular, dan merebak: daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat (pembuangan bayi) ke dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit dan selainnya.

Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895 kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan atau orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara masyarakat ketika ini.

Di dunia barat,amalan berfesyen seperti punk dan skinhead telah menjadi kebiasaan bagi pemuda-pemudi mereka.selain itu amalan hubungan bebas juga telah menjadi kebiasaan bagi mereka kerana mereka telah tidak berpegang kepada agama mereka yang tidak menggalakkan perlakuan-perlakuan seperti itu.Ini membawa makna bahawasanya pemikiran sekularisme telah meracuni dan telah membunuh pemikiran masyarakat kini.



Kesan dalam politik

Dalam lapangan politik pula sekularisme seakan-akan menjadi ikutan Negara-negara lain untuk membangunkan Negara mereka dengan mengambil contoh Negara sekular Turki pimpinan Mustafa Kamal Atartuk.Melingkari sejarah penubuhan Negara Turki Sekular,pada awalnya Mustafa Kamal Atartuk agak berhati-hati untuk melakukan pembaharuan yang mana boleh membangkitkan kemarahan umat Islam apabila menyentuh soal agama,namun beberapa reformasi radikal yang dilaksanakannya turut membabitkan keutuhan islam dalam urusan politik atau pentadbiran. Ini termasuklah langkahnya yang memansuhkan Kementerian Kehakiman Syariah dan digantikan dengan Badan Kehakiman Sivil yang disesuaikan daripada Sistem Perundangan Sivil Swiss,undang-undang Jenayah Itali dan Undang-Undang Jerman.Ini adalah salah satu contoh kesan sekularisme dalam Negara islam.Ini kerana undang-undang sivil ini jelas bertentangan dengan undang-undang Syariah apabila urusan yang berkaitan dengan umat islam disempitkan ruang lingkupnya menjadi urusan yang bersifat peribadi.Tujuan utama politik yang didasari oleh sekularisme hanyalah untuk mendapatkan kekayaan dan juga kemegahan di sisi manusia sejagat,ini dapat dilihat kerana daripada sekularlah lahirnya kapitalisme yang mana tujuan utama kapitalisme ialah untuk mengaut sebanyak mana kekayaan yang ada di muka bumi ini.Hal ini adalah sangat bertentangan dengan politik yang dianjurkan oleh agama Islam yang mana tujuan utama politik adalah untuk menjaga kemaslahatan manusia dan Islam memandang jawatan sebagi seorang pemimpin itu adalah amanah daripada Allah dan juga merupakan tugas seorang khalifah Allah

Kesan dalam aspek pendidikan

Dalam aspek pendidikan pula,sebagaimana yang diketahui,ajaran agama islam mampu membentuk penganutnya kearah insan yang rabbani dan kamil.Hal ini bertentangan dengan secular kerana pemikiran sekular hanyalah mengambil berat hal-hal berkaitan dengan keduniaan.Contohnya adalah belajar kerana untuk mendapatkan pangkat dan kekayaan dan bukannya belajar kerana untuk menuntut ilmu untuk melaksanakan kewajipan sebagai seorang muslim.Pendidikan sekular ini kemudiannya membentuk sistem dualisme.secara umumnya dualisme bermaksud “teori yang berasaskan dua dasar yang berlainan” manakala dalam aspek pendidikan pula,dualisma bermaksud pengasingan di antara ilmu agama dengan ilmu selain agama.Pengasingan ini telah dapat dilihat dengan jelas di sekolah-sekolah di negara ini. Menurut Abdul Halim Ramli (Pensyarah UITM Segamat Johor) Dualisme dalam Pendidikan ditakrifkan sebagai berikut :

wujudnya dua sistem pendidikan yang berbeza iaitu sistem pendidikan tradisional Islam dan sistem pendidikan moden. Sistem pendidikan tradisional Islam lebih menumpukan perhatiannya terhadap ilmu-ilmu keagamaan semata-mata dengan mengabaikan ilmu-ilmu moden. Manakala sistem pendidikan moden hanya menitikberatkan ilmu-ilmu moden dengan mengabaikan ilmu-ilmu keagamaan (http://www.slideshare.net/realkamy/dualisme-pendidikan)

selain itu,sekularisme jug mengakibatkan banyak penyelewengan fakta dalam sejarah islam dan mengagungkan sejarawan barat. Contohnya ialah berkenaan dengan pergerakan cakerawala iaitu matahari.Pendapat teori barat yang mengatakan bahawasanya matahari tidak bergerak dan tetap telah merebak ke seluruh pelusuk dunia dan sehingga sekarang pandangan itu masih digunakan dalam pembelajaran di sekolah-sekolah di seluruh dunia.Sebenarnya pendapat ini adalah bertentangan dengan ketentuan Allah yang mana telah dinyatakan di dalam al-quran bahawasanya matahari turut beredar mengikut paksinya dengan keizinan Allah.bukti yang jelas dapat dirujuk di dalam surah Yasin iaitu

والشمس تجري لمستقر لها ذلك تقديرالعزيز العليم

Dan matahari berjalan di tempat peredarannya.Demikian ketetapan (Allah) Yang Maha perkasa,Maha Mengetahui.( Surah yasin ayat 38)



Melaui ayat tersebut,maka dapatlah disangkal pendapat barat tersebut.Ini menunjukkan bahawa aspek pendidikan dunia telah diracuni oleh pendapat-pendapat barat yang tenyata menyimpang daripada ajaran agama Islam.









Kesan Dalam Perundangan

Dari segi perundangan pula,para sekulis telah dengan sewenang-wenangnya merubah corak perundangan di Negara islam demi untuk mencapai matlamat sekular mereka iaitu dengan penggantian undang-undang Islam kepada sistem perundangan Barat .Ini adalah bertujuan untuk memalapkan syiar Islam di muka bumi ini.Ini dapat dilihat dengan contoh yang sangat jelas apabila dirujuk kepada sejarah pensekularan Turki oleh Mustafa Kamal Atartuk.Ini kerana Mustafa Kamal telah memepersoalkan undang-undang pemakaian tudung oleh wanita.Baginya bertudung adalah telah ketinggalan zaman dan telah mengakibatkan berlakunya kemunduran.Ini sebagaiman kata-katanya:

In some places I have seen woman who put a piece of cloth or a towel or something like it over their heads to hide their faces.What are the meaning and sense of this behavior? Gentleman,can the mother and daughter of a civilized nation adopt this strange manner,this barbarous posture? It is a spectacle that makes the nation an object of ridicule. It must be remedied at once. (Mohammad Redzuan Othman dan Mashitah sulaiman,Tradisi Ilmu,Islam Dan Politik Di Turki: 6.)

Ini menunjukkan pemikiran secular dalam perundangan adalah amat bercanggah dengan syariat islam.Selain itu Undang-undang Sivil juga seterusnya turut memperuntukkan hak yang sama rata di antara lelaki dan perempuan dalam pewarisan harta dan perkahwinan.Amalan poligami diharamkan dan kaum wanita diberikan hak dalam urusan perceraian.Perkhwinan pula perlu didaftarkan mengikut undang-undang dan amalan tradisi mengikut ajaran islam,iaitu upacara majlis akad nikah hanya dijadikan sebagai pilihan

Kesan Dalam Ekonomi

Dalam aspek ekonomi pula, dengan wujudnya sekularisme,maka wujudlah dua sistem ekonomi baru iaitu ekonomi kapitalis dan juga ekonomi sosialis yang mana tujuannya adalah bermatlamat untuk mendapatkan kekayaan semata-mata ataupun materialistik.Alasan mereka adalah untuk menyediakan tempat-tempat khas untuk mengadakan kegiatan maksiat.Bagi mereka tempat-tempat berhibur seperti,disko dan pub adalah menjadi sumber kewangan bagi sesebuah negara.Dalam pelaksanna kedua-dua sistem oekonomi ini,golongan atasan biasanya akan mendapat habuan kekayaan yang diingini manakala golongan bawahan akan mendapat kesengsaraan kerana kesempitan hidup.Perkara ini amat dititikberatkan oleh agama islam iaitu,islam mengajar umatnya agar sama taraf iaitu dengan cara membayar zakat.



Antara sistem yang digubal dalam sekular ialah konsep riba. Riba bukanlah suatu yang baru. Ianya sudah lama dipraktikkan sejak dahulu lagi. Sebenarnya riba inilah yang membantut pertumbuhanekonomi manusia. Ianya diibaratkan sebagai lintah yang menghisap darah manusia di mana akhirnya sisa-sisa hidup peminjam hutang secara riba terpaksa dihambakan kepada tuanpunya harta tersebut yang semakin lama semakinbertambah hutangnya apabila bayarangagal diselesaikan dalam tempohnya.

Di zaman tamadun Romawi misalnya apabila kaum wanita berkuasa dalam bidang ekonomi,

mereka meminjamkan wang kepada suami mereka dengan kadar bunga yang tinggi dan

akhirnya suami mereka menjadi hamba kepada mereka. Oleh kerana soal dunia sahaja yang

dipentingkan maka kehidupan sekular ini hanya berpijak kepada memberi keseronokan

peribadi sahaja dengan segala apa yang boleh didapati dengan segala cara yang ada. Inilah

asas yang membezakan antara ekonomi Islam dengan secular.Golongan sekular ini

menggunakan apa sahaja demi kepentingan material mereka. Sebagai contoh duit dolar

Amerika syarikat pada tahun 1970 di zaman Presiden Nixon sebenarnya mencipta kejatuhan

nilai yang teruk tetapi telah diisytiharkan sebagai setara dengan nilai emas.

Ini bermakna wang dolar tidak lagi disandarkan kepada emas bahkan pengeluaran wang

dolar bukannya di bawah pengendalian Bank Negara tetapi diberikan kepada pihak swasta

untuk mencetak wang iaitu Federal Reserve Bank tidak seperti di negara-negara lain

diseluruh dunia yang di bawah pengendalian Bank Negara.

( http://www.scribd.com/doc/2163104/Sistem-ekonomi-Islam-dan-sistem-ekonomi-konvensional)









Kesan Terhadap Akidah



Sekularisme memang menyalahi akidah dari sudut Rububiyyah dan Uluiyyah dan ia boleh membawa kepada terbatalnya syahadah. Tetapi kita tidak boleh menghukum secara sewenang-wenangnya terhadap orang yang berfahaman sekular. Ia mestilah disabitkan melalui pertuduhan di mahkamah melalui proses perundangan. Fahaman ini mengancam institusi-institusi Islam.



Menurut fatwa mufti turki yang terakhir,ajaran sekular memang bertentangan dengan akidah islam. Ia berlaku dalam masyarakat Turki di bawah pimpinan kamal atartuk. Natijah akhir terhadap fahaman sekular ini ialah berlakunya murtad di kalangan umat Islam dalam masyarakat, ianya tidak ditentang oleh pihak berkuasa atau pemerintah. Orang yang menganut fahaman sekular ini ibarat mati sebelah jiwanya. Fahaman ini tidak boleh menjadi dasar negara.

Islam itu adalah yang tertinggi. Agama atau sistem hidup yang diakui disisi Allah hanyalah islam. Allah menyatakan bahawa Dia telah melengkapkan sistem hidup manusia. Oleh itu fahaman sekular memang bercanggah dengan akidah islam keran ianya memisahkan antara agama dan dunia dan telah memecahkan kesyumulan sistem hidup islam sedangkan akidah itu mewujudkan kesatuan. Sekularisme akan mengakis kesepaduan Islam sehingga ia dilihat tidak berkait antara satu sama lain. Dalam keadaan tertentu ia akan mengakis akidah seluruhnya. Kalua kita keluarkan aspek-aspek kehidupan daripada aianya akan terjejas.Dalam Islam, akidah merupakan dasar utama dalam kehidupan manusia dan ia bertolak daripada titik tersebut. Apabila berlaku pemisahan, seolah-olah roh telah dicabut daripada badan manusia. Ketika itu manusia hanya bersifat material semata-mata sedangkan roh itu merupakan kekuatan dalam diri.

Seseorang yang berfahaman sekular mengatakan pasti akan Islam dan politik itu berasingan. Dia telah memperlekehkan islam seolah-olah Islam itu tidak lengkap dan islam itu untuk ibadat, masjid, umrah, ziarah dan sebagainya. Percakapannya membuktikan dia berfahaman bahawa Islam bukan ad-Din Cuma sebagai agama dalam fahaman barat. Agama dalam fahaman barat ialah agama berkaitan dengan sembahyang, puasa dan sebaginya. Maknanya sekularisme itu sudah terpisah daripada agama yang bersifat wahyu.Tumpuannya tidak lagi kepada tradisi agama, nilai dan nubuwwah. Sepatutnya skema hidup orang Islam ialah merialisasikan seluruh kehidupan ini sebagai hamba Allah dengan mengikut segala perintahnya.

Antara sebab lain fahaman sekular bertentangan dengan akidah islam keran politik sekular ini menjadikan pemikiran manusia bersifat autoriti sedangkan akidah islam pula menjadikan wahyu Allah itu yang berautoriti.Di sinilah politik sekular beretntangan degan akidah.Manusia yang berfahaman sekular tidak akan menerima akidah dan Syariah Allah keran mereka merasakan diri mereka lebih berautoriti untuk melaksanakan apa jua yang dihajati.Ini adalah satu fahaman yang sangat bertentangan dengan akidah Islam.

Apabila manusia menganggap akal itu boleh menyelesaikan segala sesuatu dengan tidak perlu patuh kepada Allah dan al-Quran,dengan sendirinya dia akan menafikan al-Quran itu berautoriti. Apabila al-Quran ditolak sebagai sesuatu yang berautoriti akan wujud percanggahan akidah sebab selam ini kita mengatakan Allah Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa mentadbir alam ini.Selama ini kita akui perlantikan para rasul untuk memimpin manusia berdasarkan al-quran lalu kita nafikan wahyu Allah itu yang lebih berautoriti. Menafikan autoriti itu bermakna membatalkan akidah yang selama ini kita percaya salah satu daripada rukun iman yang enam. Fahaman sekular mementingkan soal lojik akal. Sedangkan dalam islam akal kita gunakan jika dalil naqli tidak ada. Penolakan terhadap naqli inilah yang menyalahi akidah

Apabila sekular bermakna kita menafikan peranan agama sedangkan Islam ini mentadbir kehidupan. Oleh itu kita janganlah mengambil agama sekadar untuk membenarkan tindakan kita. Maksudnya apabila kita terdesak barulah kita mahu merujuk kepada agama . Sepatutnya agama diambil untuk memandu hidup kita bukan menyokong tindakan kita. Sesuatu musibah tidak akan berlaku melainkan keran kelalaian manusia. Menurut kata mufti Kemboja, baka Allah akan datang apabila manusia meletakkan al-Quran dan hadis di tempat yang tidak layak bagi Allahdan Rasulnya.

Menurut Mohd Kamal Hassan, pandangan hidup yang cenderung kepada sekularisme (pemisahan urusan agama dari urusan hidup duniawi) dan sekularisasi (proses menuju sekularisme) bila ia wujud dalam diri seorang muslim ia menjadi suatu kontradikasi yang mutlak, yang tentunya berpunca dari miskonsepsi tentang islam dan sekularisme sekaligus. Sesungguhnya secular dan segala bentuk oenggunaannya termasuk fahaman yang digelar sekularisme adalah bertentangan dengan islam, bagaimanapun ditilik pengertiannya.

Boleh dikatakan semua orang berpendapat fahaman politik secular bertentangn dengan islam dan member kesan terhadap akidah. Cuma yang berbeza Cuma hujah-hujahnya sahaja. Walaubagaimanapun ada juga yang berpendapat bahawa jika fahaman tersebut diambil sebagai dokok tambah ia tidak akan menjadi apa-apa kesalahan. Yang tidak mahu adalah semuanya secular.

Contohnya Negara Turki. Asalnya turki itu Islam kemudian terus hilang islam dan menjadi secular. Sekular hanyalah sebagi tokok tambah untuk kita dapat mengikuti perkembangan semasa. Kedua, berpendapat kesan fahaman politik secular terhadap akidah muslim mestilah dilihat pada tahapnya. Kalu tahapnya menolak agama, itu memang merosakkan akidah. Hari ini kita masih belum Nampak orang menolak agama secara terang-terangan.

Jika kita mengambil fahaman secular sebagi tokok tambah bererti kita menafikan Islam sebagi ad-Din yang lengkap dan menyeluruh. Seolah-olah apa yang ada dalam Islam belum mencukupi dan lengkap, maka untuk melengkapkannya mestilah ditambah dengan secular.Dengan mengambil secular bererti kita telah mengurangkan atau membataskan ajaran agama islam yang lengkap dan sempurna dalam seluruh aspek kehidupan manusia keran secular hanya mengizinkan kita mempraktikkan ajaran agama yang bersifat peribadi iaitu berkaitan dengan hubungan kita dengan Allah sahaj seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain lagi.Seseorang yang berfahaman secular sebenarnya tanpa disedari telah menolak sebahagian daripada ajaran agama Islam . Menolak sebahagian ajaran agam bererti menolak al-Quran. Sedangkan kita mesti beriman dan beramal dengan seluruh ajaran yang terkandung di dalam al-quran.



































Kesimpulan

Kemusnahan identity masyarakat Islam kesan penjajahan Barat menyebabkan berlakunya kelesuan umat sehingga mendorong munculnya gerakan kesedaran masyarkat.Kepimpinan gerakan umat Islam semakin sedar bahawa umat Islam perlu kembali semasa zaman keagungannya sebagai pendekatan bagi membebaskan ummah daripada segala belenggu kejumudan dan kemunduran.Pelbagai cara telah digunakan oleh umat Islam yang prihatin bagi menimbulkan kesedaran ini.Sebahagian yang lin pula menggunakan pndekatan pendidikan dan pembangunan insane.

Walaupun kesedaran ini mencul sejak akhir abad ke-19,namun gelombangnya hanya dirasai menjelang awal tahun 1970-an dengan inisiatif yang diambil oleh sekumpulan masyarakat Islam untuk melibatkan diri dalam harakah atau gerakan yang cuba membawa perubahan yang menyeluruh dalam masyarakat.Pendekatan melalui gerakan yang dilakukan mengambil pelbagai bentuk.Ada gerakan Islam yang mengambil pendekatan politik untuk melakukan perubahan, manakala ada yang ,mengambil pendekatan bukan politik dengan berusaha melakukan perubahan melalui pendidikan atau pembinaan rohani.

Melaui pendekatan politik, gagasan pemikiran Islam mula diperkenalkan kepada masyarakat yang meletakkan aspek moral, akhlak dan agama sebagai kerangka utama pembangunan Negara dan membina identity bangsa moden yang cemerlang.Melalui pendekatan politik juga, wawasan yang menitikberatkan pencapaian masyarakat dalam pembangunan ekonomi, teknologi, dan budayaturut diperkenalkan kepada masyarakat.

Dalm perkembangan politik, Islam sentiasa menjadi factor pencetus kebangkitan massa dalam usaha memartabatkan peradaban Islam sepertimana kejayaan yang pernah dicapai oleh bangsa Turki ketika menerajui kepimpinan Daulah Uthmaniyah.Sokongan masyarakat terhadap pertubuhan politik yang cenderung kepada Islam tidak hanya tertumpu kepada mesej dan gagasan yang dibawa oleh parti yang terlibat, bahkan juga keprihatinan parti tersbut terhadap kehendak semasa masyarakat yang inginkan perubahan, khususnya kea rah pemulihan prasarana social dan kestabilan ekonomi Negara yang lebih baik.Masyarakat juga percaya bahawa kumpulan yang berpegang kepada Islam boleh disandarkan kepercayan untuk melaksanakan amanah mengurus Negara dengn baik dan membawa keadilan kepada semua.Kepercayaan ini dibuktikan oleh mereka melalui peratusan undi yang diberikan oleh mereka kepada kumpulan Islamis setiap kali pilhan raya diadakn.

Parti-parti berhaluan Islam yang muncul slih berganti telah memperlihatkan kematangan mereka dalam menangani situasi politik semasa dan dasar perlembagaan Negara. Sikap prakmatis mereka dalam mengetengahkan isu berkaitan agama dan pembangunan masyarakat dalh simbolik kepada kejayaan Islam dalam proses demokrasi

Namun begitu, kemunculan prti politik berhaluan Islam sering menimbulkan keresahan di kalangan pihak berkuasa kerana dikatakan mampu menggugat perlembagaan yang sedia ada dalm Negara tersebut yang selama ini sangat setia kepada dasar Barat.

Penyertaan kumpulan yang beraspirasikan Islam dalam politik mampu menggugat kedudukan dasar secular Negara.Ini menyebabkan pihak pemerintah enggan menyerahkan tampuk pemerintahan dan member laluan selesa kepada golongan tersebut demi menjaga status quo dan kepentingan mereka.Kumpulan Islamis terbukti berjaya melalui proses demokrasi dan membuktikan kemampuan mereka mentadbir Negara dengan baik.Kumpulan Islamis juga sering dilabelkan dengan gerakan fundamntlis agama yang turut disenaraikan di antra ancman terbesar kepada dasar sekular dan kestabilan Negara.Ini digunakan oleh pemerintah tenterabagi mengukuhkan alas an mereka menyekat sebarang aktiviti politik dan peluang kumpulan Islamis mendapt kuasa melalui proses politik.

Kemusnahan identity masyarakat Islam kesan penjajahan Barat menyebabkan berlakunya kelesuan umat sehingga mendorong munculnya gerakan kesedaran masyarkat.Kepimpinan gerakan umat Islam semakin sedar bahawa umat Islam perlu kembali semasa zaman keagungannya sebagai pendekatan bagi membebaskan ummah daripada segala belenggu kejumudan dan kemunduran.Pelbagai cara telah digunakan oleh umat Islam yang prihatin bagi menimbulkan kesedaran ini.Sebahagian yang lin pula menggunakan pndekatan pendidikan dan pembangunan insane.

Walaupun kesedaran ini mencul sejak akhir abad ke-19,namun gelombangnya hanya dirasai menjelang awal tahun 1970-an dengan inisiatif yang diambil oleh sekumpulan masyarakat Islam untuk melibatkan diri dalam harakah atau gerakan yang cuba membawa perubahan yang menyeluruh dalam masyarakat.Pendekatan melalui gerakan yang dilakukan mengambil pelbagai bentuk.Ada gerakan Islam yang mengambil pendekatan politik untuk melakukan perubahan, manakala ada yang ,mengambil pendekatan bukan politik dengan berusaha melakukan perubahan melalui pendidikan atau pembinaan rohani.

Melaui pendekatan politik, gagasan pemikiran Islam mula diperkenalkan kepada masyarakat yang meletakkan aspek moral, akhlak dan agama sebagai kerangka utama pembangunan Negara dan membina identity bangsa moden yang cemerlang.Melalui pendekatan politik juga, wawasan yang menitikberatkan pencapaian masyarakat dalam pembangunan ekonomi, teknologi, dan budayaturut diperkenalkan kepada masyarakat.

Dalm perkembangan politik, Islam sentiasa menjadi factor pencetus kebangkitan massa dalam usaha memartabatkan peradaban Islam sepertimana kejayaan yang pernah dicapai oleh bangsa Turki ketika menerajui kepimpinan Daulah Uthmaniyah.Sokongan masyarakat terhadap pertubuhan politik yang cenderung kepada Islam tidak hanya tertumpu kepada mesej dan gagasan yang dibawa oleh parti yang terlibat, bahkan juga keprihatinan parti tersbut terhadap kehendak semasa masyarakat yang inginkan perubahan, khususnya kea rah pemulihan prasarana social dan kestabilan ekonomi Negara yang lebih baik.Masyarakat juga percaya bahawa kumpulan yang berpegang kepada Islam boleh disandarkan kepercayan untuk melaksanakan amanah mengurus Negara dengn baik dan membawa keadilan kepada semua.Kepercayaan ini dibuktikan oleh mereka melalui peratusan undi yang diberikan oleh mereka kepada kumpulan Islamis setiap kali pilhan raya diadakn.

Parti-parti berhaluan Islam yang muncul slih berganti telah memperlihatkan kematangan mereka dalam menangani situasi politik semasa dan dasar perlembagaan Negara. Sikap prakmatis mereka dalam mengetengahkan isu berkaitan agama dan pembangunan masyarakat dalh simbolik kepada kejayaan Islam dalam proses demokrasi

Namun begitu, kemunculan prti politik berhaluan Islam sering menimbulkan keresahan di kalangan pihak berkuasa kerana dikatakan mampu menggugat perlembagaan yang sedia ada dalm Negara tersebut yang selama ini sangat setia kepada dasar Barat.

Penyertaan kumpuln yang beraspirasikan Islam dalam politik mampu menggugat kedudukan dasar secular Negara.Ini menyebabkan pihak pemerintah enggan menyerahkan tampuk pemerintahan dan member laluan selesa kepada golongan tersebut demi menjaga status quo dan kepentingan mereka.Kumpulan Islamis terbukti berjaya melalui proses demokrasi dan membuktikan kemampuan mereka mentadbir Negara dengan baik.Kumpulan Islamis juga sering dilabelkan dengan gerakan fundamntlis agama yang turut disenaraikan di antra ancman terbesar kepada dasar sekular dan kestabilan Negara.Ini digunakan oleh pemerintah tenterabagi mengukuhkan alas an mereka menyekat sebarang aktiviti politik dan peluang kumpulan Islamis mendapt kuasa melalui proses politik.