Pages

Nak Cari Sikit Nie

Saturday, August 21, 2010

dakwah tanggungjawab siapa?

Dakwah,Tanggungjawab Siapa?


Apa yang saya nyatakan tadi telah jelas menunjukkan bahawa orang yang bertanggungjawab melaksanakan seruan dakwah ini ialah setiap orang islam tidak mengira samaada lelaki ataupun wanita kerana yang paling asasnya ialah mereka adalah orang islam.Ini juga dapat menerangkan bahawa seruan untuk mengajak kepada beriman kepada Allah adalah tidak terhad kepada orang melayu sahaja,bahkan orang cina,india,dan juga etnik-etnik yang lain yang kebanyakannya terdapat di negeri Sabah dan juga sarawak adalah bertanggungjawab untuk menyebarkan dakwah kepada jalan Allah ini.Tetapi,dengan syarat mereka adalah yang beriman dengan Allah dengan memenuhi keenam-enam rukun iman iaitu beriman kepada Allah,beriman kepada malaikat,beriman kepada kitab-kitab Allah,beriman kepada rasul-rasul Allah,beriman kepada hari kiamat dan juga beriman kepada qada’ dan qadar iaitu berserah diri pada ketentuannya.Dengan memenuhi keenam-enam rukun iman ini,maka seseorang itu telah tertaklif dengan tanggungjawab untuk menyebarkan dakwah di jalan Allah.Setiap anggota umat yang berakal dan baligh juga bertanggungjawab untuk menyebarkan dakwah di jalan Aalah tidak mengira lelaki atau wanita.Selain itu,tugas dakwah ini juga tidak boleh hanya dipertanggungjawabkan keatas bahu para ulamak sahaja ataupun dibebani kepad.a mereka-mereka yang digelar sebagai “orang agama” sahaja kerana kewajipan ini adalah menjadi tanggungjawab kepada semua umat.Para ulamak mungkin dikhususkan untuk menyampaikan hukum atau ajaran agama yang lebih mendalam mengenai agama islam kerana mereka memiliki ilmu yang lebih luas dan mendalam dalam masalah agama islam.Dengan ini maka wujudlah sikap saling bekerjasama dalam menyeru kepada agama Allah diantara masyarakat dan para ulamak.Firman Allah berikut dapat menjadi penguat bukti yang menunjukkan bahawa tugas dakwah ini tidak hanya terletak di bawah tanggungjawab lelaki tetapi kedua-duanya iaitu lelaki dan wanita.

قل هذة سبيلى ادعوا ال اللة على بصيرة انا ومن اتبعنى و سبحن اللة وما انا من المشركين

Katakanlah (wahai muhammad) inilah jalanku,aku dan orang-orang yang menurutku,menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan basirah (ilmu dan yakin).Dan aku menegaskan :maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik ) dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain (surah Yusuf :108)



Dalam makna ayat tersebut perkataan menurutku itulah yang menjadi bukti pentaklifan bahawasanya berdakwah kepada Allah adalah wajib kepada setiap individu,lelaki atau perempuan.Ini kerana maksud ayat itu adalah secara umum iaitu tidak kisah samaada seseorang itu lelaki atau perempuan tetapi yang penting adalah mereka yang menurutiku iaitu mereka yang beriman kepada Allah dan menurut segala perintahnNya.

Jadi,para pengikut Rasulullah s.a.w ialah orang-orang yang beriman dengan baginda,mengajak manusia kepada Allah dengan Basirah iaitu ilmu dan yakin.Sama sepertimana Rasulullah s.a.w yang mengajak manusia kepada Allah dengan keterangan,ilmu,dan yakin

Keterangan bermaksud Rasulullah memberi keterangan terhadap firman-firman Allah kepada para pengikutnya khususnya pada kepada para sahabat.ini kerana mukjizat al-quran yang merupakan kalam Allah tidak mampu untuk ditafsirkan oleh para sahabat.Contohnya ialah:

ياايها الذين امنوا اتقوا الله ولتنظر نفس ما قدمت لغد واتقوا الله ان الله خير بما تعملون

Hai orang-orang yang beriman,bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (kiamat) dan bertakwalah kepada Allah,sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Maksud ayat ini telah diterangkan oleh nabi Muhammmad kepada semua muslim dan muslimat iaitu kita hendaklah beriman kepada Allah dan menghargai hidup ini kerana dunia merupakan tempat untuk mencari bekalan untuk kegunaan di akhirat.Cara untuk menghargai kenikmatan hidup di dunia adalah dengan menjalankan kerja-kerja dakwah kerana setiap apa yang dilakukan untuk agama Allah pasti mendapat ganjaran di sisi Allah.

Manakala yang dimaksudkan dengan ilmu pula ialah, untuk berdakwah setiap orang islam hendaklah membekalkan diri mereka dengan ilmu-ilmu yang terdapat di dunia ini khususnya ilmu-ilmu agama.Ini kerana untuk dijadikan hujah untuk membuktikan bahawasanya agama islam ini adalah agama yang syumul.Contohnya jika seorang yang non-muslim bertanyakan soalan tentang hukum-hakam agama islam,seharusnya umat islam bersedia menjawabnya dengan yakin.Ini adalah bertujuan untuk menjaga nama baik agama Islam itu sendiri.

Keyakinan pula bermaksud setiap individu yang berdakwah hendaklah yakin sepenuhnya dengan agama islam tanpa memepersoalkan kelojikannya.Ini penting untuk mengelakkan dakyah-dakyah sekular meresap dalam diri individu tersebut seterusnya menggoyahkan keimanan.Seandainya seorang pendakwah itu goyah imannya, mana mungkin dakwahnya akan mendapat sambutan individu lain khususnya non-muslim.

Ini bermaksud ketiga-tiga aspek tersebut hendaklah wujud dalam diri setiap individu tersebut untuk memantapkan usaha-usaha dakwah yang dilakukan sepertimana yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.Dengan membelakangkan tugas ini iaitu,meremeh-remehkan tugas dakwah ini,seseorang itu tidak akan dikira sebagai beriman kepada Allah dan seterusnya merujuk kepada kelemahan dan kecacatan keimanan seseorang kepada Allah.Seorang muslim perlu difahamkan bahawasanya tugas ini iaitu mengajak manusia supaya menyembah Allah adalah wajib.ini bermakna akan mendapat dosa jika melanggarnya.Menurut Imam Ibnu Kathir ketika mentafsirkan ayat ini “Allah berfirman kepada rasul-Nya supaya memberitahu manusia bahawa jalan ini iaitu cara atau sunnah baginda ini,mengajak manusia supaya menyatakan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan tidak menyekutukan Allah,dilakukan berlandaskan ilmu,yakin dan bukti,malah semua pengikut Baginda yang mengajak manusia sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w juga melakukannya berlandaskan ilmu,yakin dan bukti akal dan bukti syarak .Hujah-hujah yang berbentuk keilmuan,keyakinan dan ditambah pula dengan bukti adalah amat penting bagi menjalankan aktiviti dakwah untuk menyakinkan penerima dakwah itu terhadap kekuasaan Allah.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Ibnu Abbas bahawa Nabi s.a.w bersabda:

فليبلغ الشاهد منكم الغائب

Hendaklah yang hadir sampaikan ilmu ini kepada yang tidak hadir

Termasud dalam ertikata hadir ialah semua orang islam yang mempunyai apa sahaja ilmu berkenaan Islam.Ini adalah juga sebagai bentuk atau cara agar manusia saling berhubung antara satu sama lain dan seterusnya dapat mengembangkan agama islam kerana umatnya saling berkongsi ilmu yang masing-masing ada kerana bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit.





5.13 sebagaimana yang saya nyatakan tadi,dakwah ini wajib dilaksanakan oleh orang islam lelaki ataupun perempuan.Mungkin dari segi pelaksanaannya adalah berbeza iaitu boleh dilakukan secara individu ataupun secara berorganisasi asalkan asasnya adalah untuk mengajak manusia agar beriman kepada Allah.Dalam perkataan lain berdakwah dapat dilaksanakan dalam dua bentuk .Pertamanya ialah secara individu iaitu seorang muslim itu melaksanakannya atas dasar dia adalah seorang individu muslim.Metod Kedua ialah seorang muslimin yang melaksanakannya atas dasar dia adalah sebahagian daripada organisasi yang mengajak manusia supaya menyembah Allah.Contohnya adalah menyertai persatuan-persatuan yang mana asasnya atau misinya adalah untuk mengajak umat manusia agar menyembah dan beriman kepada Allah..Ini adalah dinyatakan dalam firman Allah:

ولتكن منكم امة يدعون الي الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر واولئك هم المفلحون

Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,serta melarangdaripada segala yang salah (buruk dan keji).Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang Berjaya.(Aali-Imran:104)

Ini bermaksud, hendaknya ada segolongan manusia yang bangkit untuk menjalankan perintah Allah iaitu berjuang di jalan da’wah kepada kebaikan dan menyuruh mengerjakan perbuatan yang ma’ruf dan mencegah daripada yang mungkar. Berkata Abu Ja’far (dalam member pendapat terhadap ayat) waltakum minkum: ayat itu berarti “wahai orang-orang beriman”, “Ummah” berarti “jama’ah” Berkata Duhhak: “mereka adalah khusus untuk para shahabat dan para periwayat, yaitu mujahidin dan para Ulama.Namun dalam konteks zaman sekarang,kerja-kerja dakwah adalah tanggungjawab semua individu





Sementara kata منكم di dalam tafsir al-Qurthubi dalam “Al-Jami’ al-Ahkam al-Qur’an” perintah untuk melakukan pekerjaan ini diperuntukan kepada orang-orang yang berilmu, kerana manusia tidak semuanya berilmu.ini adalah ditakuti terjadinya ajaran sesat yang mampu meruntuhkan akidah dan pegangan muslim terhadap Allah.



Menurut Imam Ibnu Kathir ketika mentafsir ayat ini,”maksud ayat ini ialah perlunya wujud suatukumpulan dalam umat ini yang melaksanakan tugas ini walaupun pada dasarnya tugas ini adalah kewajipan setiap individu dalam umat ini.Ini dijelaskan oleh hadis yang disebut di dalam Sahih Muslim dan diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:



من رائ منكم منكرا فليغيرة بيدة فان لم يستطيع فبلسانة فان لم يستطيع فبقلبة وذلك أضعفى الايمان

Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya.Jika dia tidak mampu hendaklah dengan lidahnya.Jika dia tidak mampu hendaklah dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman.”

Hadis ini jelas menerangkan bahawasanya setiap individu dan bukannya organisasi yang bertanggungjawab untuk membawa kebenaran dan mencegah kemungkaran.Namun jika dikaji suruhan itu dan dibandingkan dengan zaman serba canggih sekarang,maka amat perlulah sebuah organisasi yang khusus untuk merealisasikan hadis nabi itu tadi.Ini kerana dengan berorganisasi seseorang itu akan menjadi lebih mantap dan kukuh akidahnya untuk berdakwah

Oleh itu,sememangnya penggabungan para pendakwah dalam satu kumpulan atau organisasi bagi melaksanakan tugas dakwah merupakan suatu tindakan yang amat perlu apabila berhadapan dengan cabaran yang besar sebagaimana contoh jika sebatanf lidi,amatlah mudah untuk dipatahkan,namun jika segengam lidi,amatlah mustahil untuk mematahkannya dengan mudah.Apatah lagi jika dakwah ini cuba disampaikan kepada sebuah masyarakat jahiliah yang menyembah berhala,dimana syaitan hidup dan beranak pinak di dalam masyarakat jenis ini,lalu ia menghalang mereka daripada menyembah Allah dan menyesatkan mereka ke lembah yang syirik.fenomena penyembahan berhala ini wujud di dalam masyarakat benua Afrika atau sebagainya yang masih menyembah berhala.Benua ini memerlukan penggembelingan tenaga dakwah yang ramai dan tersusun bagi menyampaikan dakwah dan bagi mengajar mereka ajaran islam.Organisasi yang tersusun amat diperlukan agar tidak terjadinya ruang kosong dalam pengisian rohani kepada masyarakat ini.Maksudnya hendaklah sentiasa ada cermah-ceramah pengisian dan bukannya hari ini ada tetapi esok tiada dan seterusnya.Matlamat besar ini tidak akan mampu dilakukan melalui usaha berindividu atau usaha yang tidak tersusun oleh pelbagai individu.ini kerana penyebaran islam berkumpulan ini telah dinyatakan oleh hadis di mana Nabi pernah memerintahkan agar orang-orang yang menganut agama Islam agar berhijrah ke Madinah supaya tenaga mereka dapat disatukan untuk membentuk sebuah organisasi dakwah yang mantap dan seterusnya dapat diarahkan oleh Nabi ke arah yang betul.Malah perkara ini telah dinyatakan oleh firman allah:



وتعاونوا علئ البر والتقوئ ولا تعاونوا علا الاثم والعدون

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa,dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. (al-maidah : 2)

Perkataan bertolong-tolongan itu yang menjadi dalil bahawasanya perlunya sebuah organisasi dalam melaksanakan kerja-kerja dakwah.

Ayat ini turut menjadi dalil bahawa penggabungan para pendakwah dan melaksanakan dakwah secara berorganisasi merupakan suatu yang disyariatkan oleh Islam.Malah usaha ini menjadi wajib jika ia menjadi satu-satunya jalan untuk menegakkan kebenaran.Perkara ini telahpun disentuh oleh Imam Abu Hanifah sebagaimana yang dinyatkan oleh al-Jassah,bahawa bersatu bagi melaksanakan amar makruf nahi munkar dan menyatukan tenaga secara berorganisasi adalah suatu yang amat perlu bagi mencapai matlamat ini.

No comments:

Post a Comment