Pages

Nak Cari Sikit Nie

Sunday, August 22, 2010

MAKSUD KEPIMPINAN DAN PIAGAM MADINAH

PENDAHULUAN


Allah menciptakan manusia di dunia ini mempunyai dua tujuan penting. Pertama untuk beribadat kepadanya dan keduanya untuk menjadi khalifah di bumi. Dua tujuan penting ini diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya menusia tidak mengabaikan tanggungjawabnya. Supaya manusia tidak mengabaikan ibadat sahaja dengan meninggalkan khalifah maka ibadat manusia tidak dapat berjalan teratur dan aman damai, boleh jadi terancam. Lantaran itu salahlah pandangan sebahagian msyarakat yang beranggapan bahawa agama terasing dari kepimpinan. Dan salah juga pandangan sebahagian masyarakat yang beranggapan pentadbiran itu tidak ada hubungan dengan agama. Oleh itu saya akan membuat kajian tentang pandangan masyarakat mengenai kepimpinan pada masa kini apakah definisi kepimpinan dalam islam



DEFINISI KEPIMPINAN

Pada amnya, kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian tujuan organisasi. Manusia digalakkan untuk menanam kegigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Para pemimpin tidak menekan atau mencucuk suatu kumpulan di belakang; sebaliknya mereka meletakkan diri di hadapan kumpulan itu sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan itu untuk mencapai tujuan organisasi. Misalnya, seorang pemimpin sebuah pancaragam (orkestra) yang bertugas untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang diselaraskan dengan irama lagu yang betul, melalui usaha-usaha bersatu ahli-ahli muzik di dalam orkestranya itu.

Terdapat tiga faktor penting tentang definisi kepimpinan. Pertama, kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau pihak lain sama ada pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para pengikut. Ahli-ahli kumpulan rnembantu mentakrifkan status pemimpin, dan mewujudkan proses kepimpinan melainkan kesanggupan mereka untuk menerima pengagihan kuasa yang tidak seimbang di antara para pemimpin dan ahli-ahli kumpulan. Kedua, para pemimpin rnempunyai autoriti untuk memberi arahan berkenaan dengan kegiatan-kegiatan anggota kumpulan, manakala anggota-anggota pula tidak boleh mengomen aktiviti-aktiviti pemimpin mereka. Ketiga, selain daripada berkuasa untuk memberi arahan tentang apa yang perlu dilakukan, pemimpin juga boleh mengarah pekerja-pekerjanya. Misalnya, seorang pengurus mungkin mengarah stafnya untuk melakukan sesuatu tugas, tetapi yang menentukan sama ada tugas itu benar-benar dikendalikan dengan betul ialah tahap pengaruhnya terhadap pihak yang berkenaan.( http://shuhmy.multiply.com/journal/item/101/KEPIMPINAN)

Menurut Ahmad Kamar (1984), dalam bukunya,beliau mendefinisikan kepimpinan sebagai

A leader in the broadest sense is a person who leads, especially from the front, and initiates social behaviour, by virtue of prestige, power or position. In the narrower sense he is one who guides or takes charge due to his personal influence or the assumption of his position may result from other influences or voluntary acceptance on the part of those who become his followers.

Yang mana membawa maksud bahawasanya seorang pemimpin adalah Seorang pemimpin dalam erti yang lebih luas adalah orang yang memimpin, terutama dari hadapan, dan memulakan perilaku sosial, berdasarkan prestasi, kekuasaan atau kedudukan. Dalam sudut yang lebih khusus, dia adalah yang memberi panduan atau yang mengambil alih sesuatu tugas berdasarkan pengaruh peribadinya atau andaian bahawa kedudukannya akan mempengaruhi orang lain atau akan diterima secara sukarela oleh orang-orang yang menjadi pengikutnya.

Dalam kamus dewan pula menyatakan bahawa perkataan kepimpinan adalah berasal daripada kata akar pimpin. Perkataan pemimpin adalah bererti orang yang memimpin, mebimbing, menuntun, mengepalai dan melatih. Manakala pimpinan ialah perihal pemimpin. Dalam kamus Dwibahasa, perkataan leadership bererti kepimpinan, sifat-sifat seorang pemimpin dan kepimpinan.( Malaysian - English and English- Malaysian dictionary)

Dalam kamus sinonim pula, pemimpin membawa makna jaguh, orang terkemuka, pembesar, pengasuh, wali, dan pendidik, manakala memimpin ialah bermaksud mengepalai, mengetuai, mempelopori, mendahulu dan seumpamanya. (Andek Masnah Andek Kelawa 1999:36)

Disini jelaslah pemimpin itu ialah seorang yang dinamakan pemimpin dengan seorang

atau beberapa orang yang dinamakan pengikut.





DEFINISI PIAGAM MADINAH

Dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi atau negara yang berasaskan rakyat harus mempunyai sebuah perlembagaan yang mengatur dan menjadi petunjuk bagi sesebuah negara. Tidak mungkin sesebuah negara dianggap sebagai demokrasi sekiranya tidak mempunyai suatu perlembagaan. Sebaliknya, suatu negara yang tidak mempunyai perlembagaan, akan dikatakan negara yang diktator, anarki dan autokrasi. Persoalannya di sini, bilakah perlembagaan muncul di dunia ini? Para sarjana sering kali melihat kemunculan perlembagaan yang pertama di muka bumi ini pada abad ke-18 iaitu apabila lahirnya Perlembagaan Amerika Syarikat pada 1787 dan Perlembagaan Perancis pada 1795 (Zainal Abidin 1973). Ada pula yang mengatakan Perlembagaan pertama yang muncul ialah pada abad ke-13, iaitu apabila munculnya Magna Charta dari Inggeris pada 1215, sebagai perlembagaan tidak bertulis pertama di dunia.

Menurut satu penyelidikan, piagam politik yang memenuhi syarat-syarat kenegaraan yang pertama kali muncul ialah apada abad ke-7. Bukan di Amerika Syarikat atau Perancis dan bukan pula di Inggeris, tetapi perlembagaan yang pertama itu lahir di sebuah kawasan di Asia, iaitu di Arab, sebgai suatu persetujuan bersama antara masyarakat Madinah yang terdiri daripada berbagai suku, puak dan agama. Menurut Zainal Abidin (1973), Piagam Madinah dianggap sebagai Perlembagaan yang pertama di dunia. Ia mendahului Perlembagaan Amerika Syarikat dan Perancis hampir 12 abad sebelumnya, bahkan ia mendahului Magna Charta Inggeris, hampir 6 abad. Para sarjana barat turut bersetuju dengan pendapat ini. W. Montgomery Watt merujuk kepada kerajaan berkata ” negara Islam yang pertama muncul dalam abad ke-7 dengan suatu Perlembagaan yang pertama yang dipanggil sebagai Piagam Madinah”.

Asas kepada pembentukan negara Islam Madinah adalah sebuah dokumen bertulis yang dipanggil Sahifah Madinah atau Piagam Madinah. Piagam Madinah secara umumnya bermaksud paiagam atau perlembagaan yang ditulis secara rasmi dalam sejarah dunia. Dalam Sirat Rasulullah SAW oleh Ibn Ishaq (150/767) dan Al-Sirah Al-Nabawiyyah oleh Ibn Hisyam (218/834), piagam atau sahifah dari segi istilah Arab merujuk kepada dokumen, kanun, piagam atau perjanjian bertulis mengenai hak dan tanggungjawab pemerintah dan orang yang diperintah. Dalam bahasa inggeris, piagam ini disebut sebagai The Charter Of Madinah atau The Official Document Granting Right or Defining The Form of an Institution.( Kamus Dwibahasa Oxford Fajar). Piagam ini dianggap dokumen bertulis kerana menetapkan batas undang-undang, prinsip-prinsip asas pentadbiran dan garis kerja menjaga keamanan al-Madinah sebagai sebuah negara berdaulat.dari segi sejarah, asas kepada penggubalan piagam ini adalah dibuat dalam dua pihak iaitu pihak pertama adalah Rasulullah SAW sendiri manakala pihak kedua adalah antara orang islam dengan orang Yahudi di satu pihak dan orang Islam sesama Islam,yakni antara Mihajirin dan Ansar di pihak yang lain. Ketiga-tiga golongan ini dipanggil ahl al- Sahifah menunjukkan mereka sendiri mempersetujui paiagam yang digubal pada tahun 622 Masihi bersamaan 1 Hijrah walaupun tarikh sebenar terbentuknya paiagam ini masih belum jelas kerana ahli sejarah seperti Ibnu Hisyam dan Ibn Ishaq tidak menyebut secara terperinci namun ada yang pasti piagam ini wujud di awal tempoh pemerintahan kepimpinan nabi. Sebelum wujudnya piagam ini,terdapat beberapa peristiwa yang boleh dijadikan faktor dalam membentuk negara Islam Madinah. Permulaan dalam peristiwa penting ini adalah Perjanjian Aqabah yang pertama dan kedua. Perjanjian ini wujud keranabeberapa rombongan penduduk Madinah telah menemui Nabi Muhammad SAW dan menyatakan keimanan mereka kepada nabi.

























SENARAI RUJUKAN

1. Ahmad Kamar b. Abdul Rahman.Malayan And Indonesian Leadership In Perspective,1984,Petaling Jaya

2. Malaysian - English and English- Malaysian dictionary, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam (1996)

3. Andek Masnah Andek Kelawa .Kepimpinan Wanita Dalam Islam. 1999. Penerbit UKM: Bangi

4. W. Montgomery Watt. Muhammad At Medina.1956. Oxford University Press,Ely House:London

5. Joyce M. Hawkins. Kamus Dwibahasa Oxford Fajar.Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam (2008)

6. Ibn Hisyam. Al-Sirah al-Nabawiyyah. Beirut,Libanon: Dar al-Fikr

7. http://shuhmy.multiply.com/journal/item/101/KEPIMPINAN.html [23 Ogos 2010].

1 comment: